Sunday, May 10, 2015

Tagged Under: ,

Putus Cinta dan Cara Mengatasinya

Share

Mengatasi masalah putus cinta



Salam blogger. Melupakan kekasih lama bukanlah satu perkara yang senang terutama jika ianya adalah satu perasaan cinta yang sangat tinggi antara kedua-dua lelaki dan wanita tersebut dalam kata lain,cinta sejati. Hubungan kasih sayang,cinta yang pernah dijalinkan dahulu memang agak sukar untuk dilupakan.  Memang sukar untuk kita mencari pengganti yang baru. Kalau ada pun,tidak mustahil perasaan terhadap kekasih lama itu masih ada walaupun sedikit sekiranya cinta yang dialami dahulu ialah cinta sejati.

 Kita harus bersedia menghadapai masalah putus cinta ini apabila ianya berlaku. Kalau dulu, kita sering menghabiskan masa bersama dengan dia. Kita sering berbual-bual dengan mesra melalui telefon Kita sering bermain pesanan ringkas (SMS) setiap hari. Kita sering keluar bersama. Dia menjadi tempat untuk kita meluahkan perasaan. Tapi kini semua sudah berlalu dan kita haruslah tabah menghadapinya. Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah putus cinta ini yang disyorkan oleh kawan-kawan. Harap ianya dapat membantu anda.:)

1. Mencari pasangan lain
Dengan mencari pasangan lain, kita pasti boleh melupakan dia sedikit demi sedikit walaupun mengambil masa yang agak lama. Hal ini mungkin sukar bagi wanita kerana wanita adalah jenis yang setia dan sukar untuk lupakan bekas kekasih yang sangat dicintainya.

2. Lupakan kenangan bersama sidia
Jangan diungkit atau difikirkan kembali kenangan dulu yang boleh membuatkan kamu teringat pada dia. Cuba untuk hindarkan diri daripada terus fikirkan dia. Buang segala gambar-gambar,SMS atau barang dia yang ada pada kamu. Mungkin ini agak keterlaluan kerana kita dianggap tidak menghargai pemberiannya,tetapi tindakan ini tidak salah sekiranya benda itu terus membuatkan kita teringat pada dia.

3.Menerima hakikat untuk kehidupan yang berbeza
Selepas berpisah dengan dia, kehidupan memang akan berubah sepenuhnya. Kalau dulu kita sering berbual-bual dengannya,kini kita hanya bercakap sendiri sahaja. Kalau dulu kita sering keluar bersama dengannya,kini kita hanya keluar bersendirian sahaja.Kalau dulu kita sering bermesej-mesej dengan mesra dan meluahkan perasaan padanya,kini kita hanya menunggu mesej dari dia yang tidak akan sampai-sampai dan simpan sendiri perasaan itu. Hal ini memang sering terjadi. Oleh itu,cuba untuk hindarkan dan bersedia untuk menerima hakikat

4.Luahkan perasaan kepada rakan-rakan
Sekiranya kamu mempunyai sesuatu yang hendak diluahkan contohnya perasaan sedih,marah dan sebagainya,jangan cari sidia! Sebaliknya luahkanlah kepada rakan-rakan yang sering berada disisi anda dan juga merupakan penderngar setia anda.

5.Berhenti membandingkan
Jangan sesekali membandingkan situasi anda dengan situasi orang lain. Hal ini hanya akan menyebabkan kedua-dua pihak saling bermusuhkan kerana ia mungkin akan mengundang kemarahan dan menyebabkan sidia bertambah sedih. Jangan sampai bermusuhan dengan dia. Sebaik-baiknya adalah berkawan seperti biasa dengan dia.

6.Fikirkan masa depan
Tiada gunanya terus mengharap pada yang tak sudi. Ibarat bertepuk sebelah tangan. Perbuatan ini cuma akan menyebabkan kita terus bersedih sendiri sedangkan dia disana sedang bergembira. Fikirkanlah masa depan anda. Sekiranya benar dia ialah jodoh kita, pintu hatinya pasti akan terbuka semula suatu hari nanti untuk menerima kita semula. Sekiranya bukan, kita pasti akan mendapat seseorang yang lebih baik daripada dia.

7.Solat bagi yang muslim
Solat adalah cara yang terbaik untuk melupakan sidia. Bermohon kepada Allah S.W.T supaya tabahkan hati kita untuk menerima dugaan yang telah diberikanNya. Membaca Al-Quran boleh membuatkan hati kita berasa tenang dan mendekatkan diri kepadaNya. Amalkan doa ini setelah selesai solat.



Itu sahaja yang Apeach dapat share dengan korang. Akhir sekali nak share kata-kata dari seorang kawan.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita =) "

0 comments:

Post a Comment

Need an Invite?

Want to attend the wedding event? Be our guest, give us a message.

Name Email * Message *

Our Location