Lelaki adalah makhluk yang sangat simple tapi penuh dengan ego. Ramai
wanita beranggapan lelaki hanya menitik beratkan paras rupa wanita.
Sebenarnya ia adalah salah! Kecantikan bukanlah faktor yang membuatkan
lelaki itu jatuh cinta pada seseorang wanita.
Untuk pengetahuan anda, jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita
itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan
yang tinggi. Kecantikan hanyalah satu bonus bagi lelaki. Malah lelaki
boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada
daripada segi pemikiran atau minat kerana banyak yang boleh dibualkan
atau dikongsi bersama.
Bagaimana untuk mendapatkan cinta lelaki yang anda sukai?
Cara untuk wanita mendapatkan perhatian lelaki atau dengan kata yang
lebih mudah mengorat lelaki ini adalah berbeza berbanding cara lelaki
mendapatkan perhatian daripada wanita kerana lelaki ini kadang-kadang
lambat perasan akan
hint yang wanita berikan. Al-maklumlah lelaki kan
So, anda boleh jadikan 20 tips dibawah ini sebagai salah satu cara anda untuk mengorat si dia
#1 Jangan Tunjukkan Keterdesakan Anda Untuk Mendapatkan Si Dia
Macam yang dinyatakan seperti di atas, lelaki ini memiliki ego yang
sangat-sangat tinggi. Dan mereka akan bertambah ego jika ada wanita yang
cuba untuk menguratnya. Mereka akan berbangga dan merendah-rendahkan
martabat anda dihadapan rakan-rakan beliau.
Lelaki jarang menghargai sesuatu benda yang mudah didapati. Bagi
mereka, semakin sukar dan susah untuk mendapatkan sesuatu yang mereka
inginkan, semakin kuat perasaan untuk mereka mendapatkan menjadikan hak
milik mereka. Cubalah jadi seorang yang bersederhana
#2 Jaga Penampilan Anda
Semua orang tahu penampilan sangat penting bagi seorang
wanita. Melalui penampilan anda sahaja, lelaki boleh membuat tafsiran
tentang perangai dan tingkah laku anda.
Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dahulu sedikit dan
jangan terlalu tebal. Cukup hanya mengenakan foundation, maskara dan
sedikit lipstik. Kemudian pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adab.
Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik
terlolong depan orang ramai. Nanti jatuhlah saham kan. Nak nampak
gojes kenalah nampak
cool.
#3 Tunjukkan Sikap Penyayang Terhadap Budak-Budak
Lelaki lebih mudah tertarik dengan wanita yang mempunyai sifat suka
dan sayang kepada budak-budak. Bagi mereka, wanita yang penyayang kepada
budak-budak sebenarnya adalah seorang bakal menjadi ibu yang baik untuk
anak-anak mereka kelak.
#4 Berikan Si Dia Merasai Masakan Anda
Apa kata anda ambil sedikit masa memasak dan berikan kepada si dia
merasai air tangan anda. Untuk pengetahuan anda, lelaki lebih suka
memakan masakan si isteri apabila kahwin nanti berbanding makan di luar.
Anda boleh selidik dengan rakannya tentang makanan kegemarannya. So,
dari situ, anda boleh belajar sesuatu yang baru tentang makanan
kegemarannya dan juga belajar memasak resepi baru. Ataupun anda boleh
memberinya merasa makanan kegemaran anda kepada si dia. Mana tahu
taste anda berdua sama kan? So dari situ, anda sudah mendapat 1 point dalam hati si lelaki.
#5 Jangan Terlalu Mengongkong
Anda bukanlah isteri si dia. Anda masih berkawan dengan si dia. Anda
mungkin akan berasa cemburu apabila melihat si dia keluar dengan
perempuan lain, tapi janganlah anda melarang si dia keluar dengan
perempuan lain. Mungkin mereka keluar atas urusan kerja dan bukan urusan
peribadi.
Even anda dah berkahwin kelak, anda tidak boleh mengongkong si dia.
Lelaki ini cepat rimas sekiranya ada wanita yang cuba mengongkong dan
menghalang setiap perkara yang dia minat dan suka lakukan.
#6 Berikan Lirikan Mata Menawan
Wanita sememangnya dikurniakan dengan mata yang cantik. Cuma
kadang-kadang si lelaki ini kurang perasan. Cuba tonjolkannya dengan
memakai maskara, pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan
mata yang cantik.
Dan cuba pandang kematanya setiap kali bercakap. Kata orang, dari mata terus turun ke hati kan.
#7 Jaga Pertuturan Anda Di Hadapan Si Dia
Walaupun si lelaki ini nampak ganas dan tough di hadapan
rakan-rakanya, tetapi dalam hati mereka ada taman. Lelaki sebenarnya
tidak suka wanita yang bercakap kasar dan mencarut. Bersikaplah
lemah-lembut dan bersopan-santun. Barulah boleh jadi gadis melayu
terakhir!
#8 Jadilah Seseorang Yang Boleh Dipercayainya
Lelaki lebih senang untuk berkongsi setiap masalah dan rahsianya
kepada wanita. Sekiranya si dia menceritakan segala rahsia dan masalah
yang dihadapi, itu bermakna si dia percayakan anda. Dan sebenarnya, amat
susah lelaki ini berkongsi masalah dengan orang lain disebabkan ego
tadi. So, jangan sia-siakan kepercayaan yang si dia berikan kepada
anda.Jadilah seorang pendengar si dia untuk si dia! Lelaki akan berasa
gembira jika segala rahsia yang diceritakan tadi selamat dengan anda.
#9 Berikan Sokongan Terhadap Minatnya
Kadang-kadang lelaki mempunyai minat yang pelik. Minat keretalah,
komputerlah. Apa yang best sangat pun tak tahu kan. Tapi, janganlah anda
cuba menghalang atau sesekali cuba menentang minatnya. Cubalah sesekali
memberikan sokongan terhadap minat mereka.
#10 Hormati Orang Tua
Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat
di kalangan wanita muda masa kini. Adab sopan yang dimaksudkan termasuk
salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan
tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh.
Tetapi, biarlah
‘natural’ dan bukan dibuat-buat ye
#11 Berikan Senyuman Menawan
Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung lelaki bergetar.
Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman
mereka sememangnya sangat menawan. Lelaki mudah jatuh hati selepas
melihat senyuman wanita.
Ketika bertentangan mata, cuba anda lemparkan senyuman yang paling
menawan. Mereka akan terpaku dan terkedu seketika. Hati mereka akan
terasa bagaikan dipanah! Tak percaya? Cubalah!
#12 Tunjukkan Kebijaksanaan/Kelebihan Anda
Wanita yang bijak adalah wanita yang seksi! Kadang-kadang tidak perlu
untuk anda memakai baju yang ketat-ketat sehingga mendedahkan sana-sini
atau belajar tinggi-tinggi sehingga peringkat master. Bagi lelaki,
wanita yang tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya, peka dengan isu
semasa, bijak menyelesaikan masalah dan mempunyai fikiran yang matang
adalah sangat-sangat menggoda.
#13 Goda Si Dia
Gunakan kelebihan yang ada pada anda. Lelaki sebenarnya amat mudah
cair pada wanita. Gunakan gaya bahasa badan anda dan aset anda- lirikan
dan senyuman menawan anda itu untuk menarik perhatian si dia!
#14 Ajak Si Dia Melakukan Aktiviti Bersama
Pada masa-masa terluang, cuba ajak si dia minum bersama atau mungkin
ke tempat bekerja bersama. Anda berdua dapat berkenalan dengan lebih
rapat lagi. Mungkin anda dapat tahu sedikit rahsianya secara tak
tersengaja.
#15 Hantar Signal Perasaan Anda Pada Lelaki Tersebut
Kadang-kadang si lelaki ini lambat perasan ataupun malu untuk
mendekati wanita. Mereka pun sama sahaja macam kita; tidak mahu cinta
bertepuk sebelah tangan. Tidak salah sekiranya kita sebagai wanita
memberikan sedikit
hint ataupun
signal bahawa kita juga meminatinya.
Sebenarnya istilah perigi cari timba sudah tidak boleh dipakai pada
zaman sekarang. Nisbah menunjukkan seorang lelaki bersamaan 4 orang
wanita. So, kalau anda terlambat, anda akan terlepas.
#16 Tunjukkan Sikap ‘Slumber’ dan Rileks
Bersikaplah seperti biasa anda bersama kawan-kawan. Jangan tunjukkan perasaan terlalu syok mahupun
control cun dihadapan si dia.
#17 Manja Bukannya Gedik
Lelaki suka perempuan yang menunjukkan perangai manja dan bersifat
keanak-anakan tapi bukan yang berlebihan. Itu namanya gedik! Euwww sana.
Euww sini. Nak nampak manja tak perlulah sampai nak menangis
hentak-hentak kaki ye. Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada
perkataan
‘oloooo’ ataupun
‘alaaa’. Lepas tu buat muka
berkerut korang tu. Tak pun buat pipi kembung. Ala macam yang selalu
anda buat tu. Mesti hancur leburlah hati si lelaki perkasa itu. Nak lagi
syahdu korang cebik bibir korang. Alalala tomeinya
#18 Bersifat Lemah-lembut Dan Keperempuanan
Wanita dijadikan berbeza dengan lelaki dimana lelaki lebih kuat dan
kasar. Dan wanita itu pula diciptakan untuk melengkapkan si lelaki
dengan lemah-lembutnya, keayuannya dan keperempuanannya. Ianya seperti
konsep ying-yang atau api-air yang mana kedua-duanya bersifat berlawanan
tapi memerlukan antara satu sama lain.
#19 Berpegang Pada Agama
Walaupun menjadi tugas lelaki dalam menjadi pemimpin dan pembimbing
dalam keluarga nanti, wanita juga hendaklah mempersiapkan diri mereka
dengan ilmu agama.
Wanita yang berpegang pada agama akan menjaga batas-batas dalam
setiap perlakuannya. Apabila berkahwin nanti, si lelaki akan berasa
yakin untuk meninggalkan wanitanya dirumah (atas tuntutan kerja atau
lain-lain) kerana mereka tahu pegangan agama akan menjaga wanita ini.
#20 Jadilah Diri Anda Sendiri
Akhir sekali, jadilah diri sendiri. Tidak perlu untuk meniru
mana-mana artis mahupun kawan anda disekeliling. Kalau semua orang
berperangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? Yakinlah
dengan diri sendiri.
Contohnya ramai wanita sebenarnya tidak perasan yang dalam diri mereka tu ada sifat
blur-blur. Apabila berlelaki cakap mesti anda akan
blur.
Blur tu lah yang menampakkan anda
sweeeeet sangat! Tapi jangan terlebih blur. Jadi,
just be yourself ok
* * * * * * * * * * * *
Jikalau anda benar-benar sudah sukakan si dia, pergilah berjumpa dan
luahkan isi hati anda. Lambat-laun anda sendiri akan tersiksa apabila
memendam perasaan itu di dalam hati. Jikalau si dia menolak, terimalah
dengan hati terbuka. Sesungguhnya dia bukanlah jodoh anda
p/s: Lelaki nampak saja gagah perkasa tapi biasanya merekalah
yang paling lemah dalam bercinta dan mereka sebenarnya mudah tergoda
bila melihat wanita
Google Search!
- cara menggoda lelaki
- lelaki ego
- cara menarik perhatian lelaki
- tips-menggoda-lelaki
- lelaki ego jatuh cinta
- cara menggoda suami
- cara mengoda lelaki
- cara goda lelaki
- cinta lelaki ego
- Ego lelaki