Tips Untuk Bercinta Jarak Jauh
Tidak semua orang boleh tahan dengan
bercinta jarak jauh, dengan kurang kepercayaan juga boleh mendatangkan
pelbagai spekulasi melebihi polis, hehe so jom baca Tips Untuk Bercinta
Jarak Jauh :
![]() |
Info Cinta |
Tips Untuk Bercinta Jarak Jauh
Tidak ada pasangan yang sedang bercinta
mahu pasangan mereka berada jauh di mata mereka. Tambah-tambah lagi
orang sudah berkahwin. Apalah gunanya berkahwin tapi si dia jauh dari
mata kan
Kebanyakan percintaan jarak jauh yang kita dengar selalu diakhiri dengan pergaduhan dan kemusnahan akibat tiada lagi persefahaman dan wujudnya orang ketiga. Dan kali ini, Misz Chinta mewakili pihak Zoncinta ingin berkongsi 10 Tips Percintaan Jarak Jauh dan harapnya ia memberi manfaat kepada pasangan yang sedang berjauhan ini.
Kebanyakan percintaan jarak jauh yang kita dengar selalu diakhiri dengan pergaduhan dan kemusnahan akibat tiada lagi persefahaman dan wujudnya orang ketiga. Dan kali ini, Misz Chinta mewakili pihak Zoncinta ingin berkongsi 10 Tips Percintaan Jarak Jauh dan harapnya ia memberi manfaat kepada pasangan yang sedang berjauhan ini.
Saling Mempercayai Cinta Masing-masing
![]() |
Dalam setiap percintaan, kepercayaan
antara anda dengan si dia amatlah penting. Tambah-tambah lagi sekiranya
anda berdua terpaksa berjauhan. Akan ada ketika dan waktu anda dan si
dia diuji bila berjauhan dan kekuatan cinta serta kepercayaanlah yang
memainkan peranan yang besar pada waktu itu. Andainya sudah tiada
kepercayaan dalam cinta, maka musnahlah sebuah perhubungan yang terbina.
Janganlah pernah wujud perasaan ragu akan cinta si dia.
Berdoa Agar Hubungan Diredhai dan Kekal Bahagia
Selepas menunaikan solat, sentiasalah
berdoa kepada-Nya agar si dia yang jauh nun disana sentiasa sihat dan
gembira serta hubungan cinta anda diredhai dan kasih sayang antara anda
semakin bertambah. Walaupun si dia tidak mendengar doa anda itu, tapi
Insyallah si dia tahu anda sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan cinta
anda berdua.
Setia dan Jujur Dengan Si Dia
Berjauhan bukanlah satu tiket untuk anda
bebas berpancaran dengan sesiapa. Ia juga bukan sebagai sebab untuk
mengatakan anda masih single/bujang kepada kawan-kawan anda.
Banyak perhubungan yang kecundang
disebabkan ketidakjujuran antara satu sama lain bila berjauhan. Mereka
jatuh cinta kepada orang yang terdekat yang cuba bertindak sebagai
pengganti pasangan dengan mula menunjukkan sikap mengambil berat kepada
mereka.
Mungkin anda berkata, “Alaa si dia jauh. Bukannya si dia tahu apa yang aku buat”.
Andai kata si dia pula yang bertindak sedemikian kepada anda, apakah
yang anda akan rasa? Cuba letakkan diri anda di dalam situasi itu.
Apakah perasaan anda ketika anda mengetahui si dia berpancaran dengan
orang lain dibelakang anda? Semestinya anda tidak mahu kan?
Selalu Berkomunikasi
Komunikasi adalah salah satu aspek elemen yang penting dalam sesebuah perhubungan. Miscommunication @ salah faham sewaktu berkomunikasi juga boleh merosakkan hubungan anda.
Zaman sekarang sudah ada pelbagai komunikasi- whatsapp, mesej, call, internet, webcam, video call,
YM dan bermacam-macam lagi. Ambil masa 5 minit untuk menghubungi si dia
dan bertanyakan khabarnya. Ini menunjukkan bahawa anda mengingatinya
walaupun berjauhan di samping dapat mengubati rindu di hati
masing-masing.
Dan kalau anda rasa nak lebih romantis,
anda boleh menggunakan cara lama untuk berhubung iaitu dengan mengutus
surat. Mungkin nampak kurang relevan untuk zaman sekarang tapi
percayalah, ianya akan membuat pasangan anda merasa lebih dihargai dan
sangat istimewa buatnya.
Luahkan Perasaan Anda
Mungkin anda malu untuk meluahkan
perasaan bila berdepan dengan si dia. Mungkin anda seorang yang pendiam
sewaktu dengan si dia. Ambil kesempatan ketika berjauhan ini untuk
meluahkan perasaan anda kepadanya.
“Abang, ayang sayang kat abang sangat2″
“B, sebenarnya kite rinduuuuuuuu sangat2 dah kat B “
Dan bagi suami isteri pula, anda boleh
mesej kepada si dia dengan fantasi-fantasi seks yang mungkin anda malu
nak bercakap sewaktu bersama. Ini akan membuatkan si dia tidak sabar
untuk pulang dan berjumpa anda nanti
Walaupun ada yang menganggap meluahkan
perasaan ini satu perkara yang tidak penting, tetapi sebenarnya ia
memberikan impak besar kepada si dia dan dan dalam perhubungan.
Bertemu-janji
Sudah pasti bila berjauhan, masing-masing merindui satu sama lain.
Walaupun si dia berada nun jauh di utara
dan anda pula berada di selatan, carilah masa lapang atau pada waktu
cuti yang sesuai. Ambillah kesempatan untuk berjumpa atau melawat si
dia. Korbankan sedikit kepenatan untuk berjumpa dengan si dia tercinta
seketika. Jadikanlah pertemuan seketika itu sebagai satu salah satu lagi
kenangan terindah antara anda berdua. Namun sekiranya anda masih belum
berkahwin, jagalah batas pergaulan masing-masing sewaktu berjumpa.
Berikan Hadiah Dan Kejutan

Sesekali selitkanlah elemen kejutan dalam perhubungan anda bagi mengelakkan hubungan cinta anda berasa bosan. Berikan hadiah atau apa-apa kejutan kepada si dia terutama ketika tarikh-terikh penting seperti harijadi dan ulangtahun perkahwinan. Dan lihatlah reaksi si dia sewaktu si dia menghubungi anda kemudian. Pasti anda akan merasa bangga dengan apa yang anda lakukan untuk si dia.
Misz sendiri pernah menerima kejutan daripada si dia sewaktu bekerja. Tiba-tiba ada seorang delivery-man
bawa bunga ke ofis dan mencari nama Misz. Rupa-rupanya si dia
mengirimkan bunga kepada Misz. Oh, so sweet. Kecoh juga suasana di ofis
bila Misz dapat bunga. Dan diselitkan dengan sekeping kad yang ditulis
ayat-ayat cinta yang cukup mengegarkan perasaan Misz pada waktu itu.
Misz rasa sangat dihargai dan dapat merasa cintanya walaupun kami
berjauhan
Orang kata ’Walaupun jauh dimata tapi tetap dekat dihati’.
Wujudkan Persefahaman Dan Tolak Ansur
Ramai orang mengabaikan point ini. Tanpa
persefahaman dan tolak ansur antara anda dan si dia, hubungan anda
berdua akan kecundang ditengah jalan. Contoh yang paling mudah adalah
banyak pasangan yang bergaduh bila mesej ataupun panggilan mereka tiada
respons sedangkan yang sebenarnya adalah si dia ada kerja/kelas.
Sebenarnya tidak salah sekiranya anda
berkongsi jadual kerja/kelas antara denagn si dia supaya anda tidak
menganggunya ataupun sebaliknya.
Anda tidak semestinya tidak mahu sentiasa bergaduh dengan si dia dalam phone kan?
Jangan Mengongkong
Di Korea, ada seorang wanita yang
terlalu mengongkong pasangannya disebabkan jarak mereka yang jauh.
Wanita tersebut memasang CCTV di tempat pasangannya bekerja bagi
memantau aktivitinya. Dan pasangannya juga perlu mengambil gambar setiap
masa setiap kali bekerja di luar ofis sebagai bukti bahawa dia sedang
bekerja di luar. Dan walaupun pasangannya berasa terkongkong dan rimas,
tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu sayang dan cinta
akan wanita tersebut.
Mungkin anda dapat membuat kesimpulan
sendiri berdasarkan kisah pasangan Korea tersebut. Janganlah terlalu
mengongkong si dia secara berlebihan kerana anda sendiri sudah tentu
tidak suka sekiranya si dia mengongkong anda pula. Berikanlah ruang
untuk si dia bergaul. Disinilah kepercayaan dalam cinta tadi memainkan
peranan.
Jangan Cemburu Buta
Mungkin ada ketika akan tersebar khabar
angin mengatakan si dia telah mendapatkan pasangan baru. Jangan sesekali
mempercayainya dengan mudah kerana ia boleh memudaratkan perhubungan.
Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang cuba menganggu hubungan anda.
Seelok-eloknya bawalah berbincang. Tanyakan tentang khabar angin itu
adakah ianya benar. Sekiranya si dia cuba menipu anda, anda akan dapat detect kerana anda mengenali si dia kan
Percintaan
jarak jauh amatlah menguji kesetiaan dan kasih sayang sesebuah
perhubungan. Berjauhan juga bukanlah satu alasan untuk tidak bercinta
lagi. Semaikanlah cinta anda
dengan baja kasih-sayang, percayai satu sama lain dan tolak ansur,
Insyallah cinta anda akan berkembang dengan mekar di dalam hati walaupun
masing-masing jauh di mata
Walaupun jodoh itu adalah rahsia Allah, tapi kita kenalah berusaha dan menjaga cinta kita. Insyallah.
Incoming search terms:
tips untuk bercinta
tip bercinta
bercinta jarak jauh
tip untuk bercinta
tips untuk pasangan bercinta
tips pasangan bercinta
tip bercinta jarak jauh
0 comments:
Post a Comment