Showing posts with label cinta remaja. Show all posts
Showing posts with label cinta remaja. Show all posts

Sunday, May 10, 2015

Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Cinta Dikalangan Remaja

11:35 AM Admin

Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Cinta Dikalangan Remaja

Masalah cinta di kalangan remaja sebenarnya berpunca dari emosi. Sebagai remaja, kita mudah untuk berprasangka. Mudah untuk terasa bahkan mudah untuk marah. Kadangkala, melakukan sesuatu yang bodoh atas alasan sekadar mahu menguji sedalam masa cinta.





Saya juga pernah menjadi remaja. Saya rasai apa yang sedang dirasai seorang remaja bercinta. Cinta masa remaja memang indah. Suka apabila ada orang suka kita, apatah lagi orang itu suka dalam diam. Cinta semasa remaja jadi lebih indah apabila kita ada peluang bertemu dengan orang yang kita cintai itu setiap kali datang ke sekolah.

Masalah cinta di kalangan remaja pada hari ini semakin meruncing kerana 'cobaan' datang dari pelbagai sudut. Kadangkala, fitnah dan hasutan dari kawan-kawan menjadi punca. Hari ini, masalah cinta di kalangan remaja jadi lebih teruk disebabkan oleh kata-kata fitnah dari laman sosial (Facebook, Twitter) juga dari aplikasi perbualan atas talian seperti WhatsApp yang menyebar maklumat tanpa henti.

Sesiapa sahaja boleh berkata mengenai orang lain tanpa bukti yang kukuh. Bahkan, ia menjadi semakin teruk sehingga berubah menjadi perbalahan, pergaduhan, perang dingin, persengketaan.

Remaja hari ini bukan remaja semasa zaman saya dulu. Rema hari ini semakin mudah dipengaruhi kerana maklumat datang dari pelbagai sudut, yang mana akhirnya akan mempengaruhi mereka dalam diam.

Pada pendapat saya untuk menyelesaikan masalah cinta di kalangan remaja, kita sebagai orang lebih dewasa perlu duduk kemudian fahami mereka dengan lebih dekat.

Tidak ada guna mengherdik, memarah atau memukul. Itu cara dulu-dulu. Remaja hari ini semakin pintar, semakin educated kerana dunia semakin canggih.

Kita perlukan pendekatan saikologi. Caranya adalah dengan meraih kepercayaan mereka.

Jika kita memarahami remaja yang menghadapi masalah cinta, remaja itu akan semakin memberontak. Remaja ni sifatnya pentingkan kawan kerana mereka suka berkawan.

Maka oleh kerana itu, kita sebagai orang lebih dewasa perlu bertindak menjadi kawan mereka barulah kita boleh raih kepercayaan remaja-remaja ini. Apa jua nasihat yang kita berikan akan mudah diterima kerana kita menjadi kawan mereka, bukan guru disiplin mereka.

Masalah cinta di kalangan remaja boleh kita selesaikan dengan mudah apabila tahu caranya. Usah guna kekerasan.

Walaupun kekerasan itu kita lihat baik sebagai penyelesaian, tapi ia lebih membawa kemusnahan terutama kemusnahan dalam perhubungan seorang bapa dengan anak, seorang ibu dengan anak bahkan kemusnahan dalam perhubungan sesama adik-beradik.

Rotan sudah kurang relevan dalam menangani masalah cinta di kalangan remaja.

Monday, April 20, 2015

Adakah Ini Yang Dikatakan / Dipanggil Cinta?

9:24 PM Admin

Adakah Ini Yang Dikatakan / Dipanggil Cinta?

Pakar Cinta,saya ingin mendapatkan kepastian dan jawapan daripada pihak Tuan. Agak-agak mengapa apabila saya lihat rakan kelas saya di universiti, hati saya tiba-tiba berdegup dengan laju dan kencang?

Kalau dilihat kepada kesihatan saya, masih baik. Saya tidak pasti mengapa. Selain itu, apabila saya lihat dia bercakap dengan lelaki lain, saya serta merta jadi cemburu. Saya ingin benar untuk bercakap dengan dia tetapi diri ini berasa gugup dan tidak berani. Apabila saya bertembung muka dengannya saya jadi segan dan malu-malu.
Kenapa ye tuan? Adakah ini dipanggil cinta? Atau ini hanya perasaan saya sebelah pihak sahaja? Harap pihak Pakar Cinta dapat membantu saya! Terima Kasih.
Pembaca Setia Pakar Cinta ( 23 Tahun )


Jawapan Pakar Cinta:

Waalaikumsalam. Insyallah ..

Apa yang kita fahami tentang erti cinta? Jika kita tanyakan persoalan ini kepada para remaja yang sedang hangat bercinta, pelbagai jawapan yang akan diperolehi. Di antara jawapan itu mungkin ada yang berkata cinta adalah kasih sayang, cinta adalah buta, cinta adalah rindu-rinduan, cinta adalah tempat meluahkan perasaan dan pelbagai jawapan lagi. Ini hanyalah jawapan pada tanggapan mereka sahaja bahawa cinta bermaksud sedemikian. Betulkah maksud cinta seperti yang para remaja itu fahami?
Melihat kepada keadaan saudara, ianya didasarkan atas minat dan cinta kepada seseorang itu. Firman Allah Taala bermaksud: Dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan. (Surah an-Najm: Ayat45).

Perasaan untuk berpasangan dan bercinta adalah fitrah yang telah dicampakkan oleh Allah Taala kepada hamba-hambaNya. Ini bermakna fitrah untuk dicinta dan mencintai adalah sesuatu yang suci lagi bersih.Saudara boleh terus meluahkan perasaan sebenar kepada dia jika amat meminati beliau namun perlulah mengikuti syarat islam berikut:

1. Hendaklah cinta kita itu didasari kepada cintakan Allah Taala.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah Taala. Allah Taala yang memberikan fitrah itu kepada kita, maka gunakanlah fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNya.

2. Pastikan semasa menjalinkan hubungan cinta itu tiada hukum Allah Taala yang dilanggar.
Di antaranya ialah tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat yang sunyi, tidak mendedahkan aurat, tidak mengabaikan asas-asas agama seperti solat dan lain-lain lagi.

3. Jangan mencintai seseorang lebih dari mencintai Allah Taala.
Maksudnya, janganlah kita mencintai seseorang itu lebih hebat daripada kita mencintai Allah Taala. Cintailah seseorang itu seadanya sahaja dan cintailah Pencipta cinta itu lebih dari segalanya.
Insyallah, semoga pihak kami di sini menjawab persoalan saudara. Insyallah, salam ramadhan diucapkan dan semoga terus sukses dalam kehiudpan anda!!

Monday, July 14, 2014

Cinta Di Kalangan Anak Remaja

7:55 PM Admin

Cinta Di Kalangan Anak Remaja

Masa remaja adalah suatu masa yang sangat berkesan dalam satu alur kehidupan yang dijalani setiap manusia. Dalam masa ini manusia dapat menjelma menjadi apa yang ia inginkan. Di masa ini pula manusia akan mengenali sisi lain dari suatu kehidupan.

 
.
Dalam usia remajalah manusia mulai mampu bermain dengan hati dan perasaan secara lebih spesifik. Cinta barangkali adalah salah satu hal terindah yang menjadi suatu fenomena di kalangan remaja. Perasaan suka terhadap lawan jenis menjadi hal yang biasa. Jadi tak heran jika dalam hal satu ini remaja adalah objek yang sangat potensial. Barangkali dalam hidup sehari-hari, masalah cinta adalah masalah universal dikalangan remaja. Pacaran? Inilah salah satu wujud dari perasaan itu yang diaplikasikan dalam kehidupan seorang remaja.
.
Seakan paham akan hal satu ini, banyak pihak yang mengekploitasi masalah percintaan di kalangan remaja guna menarik keuntungan secara finansial. Lihat saja acara televisi yang dengan segala daya tariknya mampu menjadikan cinta sebagai dagangan laris manis. Berbagai program acara remaja saat ini 80 % nya adalah masalah cinta. Wow. Hal ini tak bisa dipungkiri karena dalam kenyataannya masalah cinta memang memiliki daya magis tersendiri dikalangan remaja dan cerita tak akan pernah habis jika bicara tentang cinta.
Tapi diluar itu semua ternyata cinta dikalangan remaja memiliki daya tarik lain yang terkadang terabaikan.
.
Ternyata cinta yang hadir mengisi relung hati seorang remaja mampu membuatnya lebih dewasa dalam bersikap. Lihat saja ketika seorang remaja sedang kasmaran. Mereka seakan disihir untuk berbuat sesempurna mungkin guna menyenangkan hati sang pujaan, berpenampilan lebih rapi? Why not. Bahkan banyak remaja yang menjadi kreatif ketika dilanda asmara. Apalagi kalau bukan untuk menarik simpati si dia. Tapi apapun alasannya, yang pasti cinta telah mampu menjadikan remaja menjadi sedikit lebih dewasa, karena mampu memahami apa yang ia rasa dan mampu berpikir tentang apa yang harus dilakukan. Ya kan?

Cinta jika bisa dipahami dan diekspresikan dengan baik sudah pasti akan menimbulkan efek positif bagi seorang remaja. Jadi lebih dewasa, lebih bertanggungjawab, lebih kreatif, lebih………?. Tapi perlu juga dikaji bahwa terkadang dalam mengekspresikan cinta seorang remaja berada pada jalur yang tidak semestinya.
.
Ketika cinta melanda, terkadang seorang remaja tidak mampu untuk mengontrolnya sehingga cinta membuatnya menjadi manusia yang lain. disini seorang remaja seakan dibutakan oleh perasaan yang berkecamuk dalam hatinya sehingga membuat mereka mengekspresikan cinta dengan cara yang salah. Mereka seakan alpa akan mana yang benar dan yang salah. Apapun dilakukan dengan mengatasnamakan cinta tanpa peduli itu benar atau salah. Disini barangkali berlaku pepatah yang mengatakan cinta itu buta. Love is blind.
.
Dalam masalah cinta diperlukan suatu kontrol guna menjaga kemurnian cinta itu sendiri. Bukankah cinta adalah suatu anugerah yang amat berharga, suatu rasa yang murni hadir dari sisi hati yang lembut. Cinta yang murni tak akan membawa pada kehancuran dan keburukan, tapi justru akan menuntun pada suatu kebaikan yang indah. Jika ternyata cinta telah membuat seseorang menjadi lebih buruk maka perlu dikaji cinta seperti apa yang tengah ia rasakan.
.
Cinta itu untuk membangun bukan menghancurkan. Tak terbayang jika di dunia ini tak ada cinta. Manusia takkan mampu menjalani kehidupan tanpa siraman-siraman cinta yang menyejukkan. Cinta akan memberi kehidupan seperti setetes air yang melepas dahaga seorang pengembara dipadang pasir yang gersang, bukan menghancurkan seperti luapan air yang memporak-porandakan peradaban.

Thursday, April 10, 2014

Jenis Cinta Yang Bahaya

3:19 PM Admin

CINTA yang MERBAHAYA

Pernahkah anda merasa makin lama makin KURANG orang yang minat pada anda. Dulu-dulu ada je yang memuja, ada saja yang kirim salam dan cuba untuk berkenalan. TAPI KINI?

…dah kurang yang suka atau minat pada anda atau semakin tiada yang berjalan-jalan dan kemudian berpaling melihat atau menjeling kepada anda.

BUKAN terjadi semasa anda masih single, muda remaja… itu dah kes lain hehe… BUT terjadi SELEPAS anda sudah lama berkahwin dan sudah mempunyai anak-anak.  LALU anda mulai terfikir, “Apakah sebab aku sudah tidak lawa lagi?” – “Adakah diri aku ni sudah tak laku lagi, sedangkan aku masih muda!”

Perasaan inilah yang BAHAYA sebenarnya! Bahaya kerana ianya akan membuatkan anda bertindak untuk TEST samada anda anda masih laku atau tidak,
Mulanya anda berkenalan, “ooo…ada lagi yang nak kenal” kata anda. Kemudian anda bersahabat, “Waa… masih ada yang mahu berkawan dengan aku” …lalu anda dah rasa sedap dan ingin mencuba jauh mana pula anda boleh pergi. Mulailah usha-usha untuk bercinta, kemudian dah panggil-panggil sayang, start dating dan lama-lama skandal sehinggalah boleh membawa keterlanjuran dan kehancurannya sesebuah rumahtangga. Nanguzubillah himinzaliq!
Perasaan merbahaya ini, seperti rasa tak laku lagi, rasa tak lawa lagi, …selalunya dirasai seperti TIDAK NORMAL kan?. Seolah-olah ianya tidak biasa. Lebih-lebih lagi masa muda-muda dulu, sebelum kahwin mahupun selepas kahwin, kemain ramai yang tergila-gila. Tambahan pula sekarang ni :-
  • Suami pun dah kurang kemesraan
  • Suami bercakap pun dah tak pandang
  • Suami bersama pun duduk berjauhan
  • Suami punnnn.. dah jarang-jarang sekali pegang
Itu yang membuatkan isteri CURIOUS… apa benarkah?
Akibat rasa beginilah ramai individu yang sudah lama berkahwin, sudah mempunyai anak, rasa nak ‘MENCUBA’ testing the water…test the market, nak tengok samada masih laku atau tidak, ada lagi tak orang yang berminat untuk berkenalan.
Yang boleh kawal, dan sekadar berkawan saja tanpa sebarang ‘feeling’ tak pa… yang tak pandai kawal itulah yang bahayanya.
Sebenarnya ZAMAN PERALIHAN ini dilalui oleh semua orang. Tak perlulah kita nak merasa pelik-pelik. Ini semua biasalah tu. It’s better jika lagi cepat anda menerima kenyataan itu, lagi cepat anda pulih dan kembali yakin dengan diri sendiri. NAMUN…
  • Untuk adjust perubahan ini sebenarnya agak sukar!
Tetapi apa yang paling perlu kita ingat adalah, keluarga kita, anak-anak kita. Fikirkan kembali bertahun-tahun yang telah kita lalui bersama. Adakah ianya sudah tidak penting lagi? I know, the feeling bila orang syok kat kita, minat kat kita walaupun kita sudah lama berkahwin itu memang bangga laa dan buat kita rasa teruja. TAPI biarlah ia setakat itu sahajalah…
  • JIKA sudah tidak begitu lagi, anggaplah kita sudah BANYAK laluinya dulu. Kita telah BANYAK memenangi peperangan lalu. Kita telah BANYAK berjaya dan merasai perasaan itu dulu…LEBIH dari semua orang!
Jadi bersyukurlah, sebenarnya apa yang kita dapat dan apa yang Allah anugerahkan kepada kita adalah sudah lebih dari apa yang kita perlukan, kita Cuma perlu sedarinya dan bersyukur serta redha, that’s all!

Wednesday, March 19, 2014

Pembohongan Dalam Bercinta

6:21 PM Admin

Pembohongan Dalam Bercinta

Saya ingin meminta pandangan dan nasihat tentang masalah perasaan saya ini.. pada masa ini, saya mempunyai seorg teman lelaki, A… walaubgaimanapun, sebenrnya perasaan saya bukanlah perasaan cinta, sebaliknya hanyalah sayang sbg kawan.. Dua tahun yang lalu, A telah melamar saya untuk mjadikan saya sebagai teman wanitanya, dan saya sehabis fikir samaada untuk terima @ tidak..dalm masa yg sama, pada masa itu, saya meminati seorg lelaki, B yang begitu ambil berat dgan saya..kami kerab msg n berhubung..tp saya kliru apa sebnrnya perasaan B pada saya.. dia seolah2 menyukai saya, tetapi dia tak pernah meluahkan walaupun bnyak kali saya seolah2 mberi hint padanya.. mgkin pada itu, saya sedih dengan tindak balas B yg seolah2 sambil lewa, saya menerima lamaran A..pada masa itu, saya berfikir, mgkin perasaan cinta terhadap A saya dapat pupuk secara perlahan2.. dan semgu selepas saya terima A, B mghubungi saya setlh mndapat tahu daripada kawan saya bhwa sy sudah berpunya.. pada masa itu, baru lah dia mluahkan sgala perasaannya terhadap saya.. saya berada dalam delima,, saya cintakan B, tetapi saya sudah terima A.. x mgkin saya meninggalkan A kerana x sanggup untuk melukakan perasaannya.. setelah lebih 2 tahun berlalu, saya masih blum dapat cintakan A wlupun dia sbnrnya seorg lelaki yg baik dan selalu ada ketika saya mghadapai msalah.. dan baru2 ini, B ada mhubungi saya dan ketika itu terlintas d fikiran indahnya jika saya bersama B.., sebab sy btul2 cintakan dia.. terlalu sukar rasanya mdidik hati untuk menerima A kerana dia mengaku cukup bhgia bersama saya..adakah saya terlalu kejam kerana mbhagiakan org lain atas nama pmbohongan, tetapi apa yg pasti hati sy cukup mderita kerana terpksa berkorban apa yg sy suka..sya perlukan nasihat adakah sy patut teruskan bersama A @ mberitahunya tentg perasaan sy sbnr..tp, rasanya, saya blom btul2 cukup kuat untuk memberitahu perkara sebnr.. -Elia

-------------------------------------------


Ramai yang mengimpikan bercinta dengan bestfriend sendiri. Ini kerana masing-masing sudah kenal rapat dan selesa antara satu sama lain. Itulah apa yang B rasa, dan I percaya you juga merasakan cinta yang sama. Tapi cinta sebegini memerlukan masa. Atau lebih tepat lagi momen magis untuk timbul bagi memberi ruang untuk cinta itu diluahkan, sebab itu lah walau sekerap mana you memberi hints kepadanya, si B tetap masih kayu. Dan cinta antara you dan B terbuang begitu sahaja bilamana you menerima Jejaka A. Tapi itu cerita lama…

I respect dengan you kerana menghormati cinta you dengan A sekarang. Dan I juga gembira kerana A berjaya membahagiakan you. Tapi kebahagiaan sahaja belum cukup dalam cinta kerana dalam diri you masih ada rasa insecure atau rimas dengan apa yang you lakukan, kerana separuh hati you masih lagi bersama B. Positifkan minda, cuba fokuskan bahawa si A adalah segala-gala dan satu-satunya bagi you dan minimumkan contact dengan B seberapa ketika untuk hubungan you dengan A bercambah. Andai usaha you ini masih tidak mendatangkan hasil,

Jangan tipu diri lagi!

Buatlah keputusan segera sebelum hubungan you dengan A pergi ke tahap yang jauh lebih serius. Beritahu A bahawa ada sesuatu yang tak kena dalam hubungan you berdua dan masalah itu datang daripada you sendiri, akuilah. I tahu ia berat untuk diluahkan. Tapi dengan cara ini sahaja you boleh settle kekusutan ini. Ia lebih baik daripada you terus meronta-ronta untuk ke perhubungan yang lain dengan B, itu lebih berdosa. I yakin, dengan kebaikan dan kejujuran yang A lakukan kepada you selama 2 tahun ini, si A boleh menerima pengakuan you ini dengan rasional.

Jika sebaliknya berlaku, you akan dapat lihat seikhlas mana cinta agung A kepada diri you, yang mungkin you pandang sebelah mata selama ini.

p/s: “Never forget that a half truth is a whole lie”

Thursday, January 30, 2014

Cinta Perlu Dicari, Ia Tidak Akan Datang Sendiri

10:09 AM Admin

Cinta Perlu Dicari, Ia Tidak Akan Datang Sendiri

Cinta tidak akan datang dengan sendiri jika ia tidak dicari. Jika anda berkata, “Belum ada jodoh lagi”, jadi kenapa anda pergi temuduga untuk mendapatkan kerja? Kenapa tidak duduk di rumah sahaja dan bercakap, “Belum ada rezeki lagi” dan mengharapkan kerja datang mencari anda? Fikir-fikirkanlah dan selamat berehat di hujung minggu.. Salam sayang dari kami berdua untuk anda semua! ?

Betul atau tidak apa yang kami katakan?

Segala benda yang kita inginkan, kita perlu berusaha. Even semenjak kita kecil lagi untuk mendapatkan susu dari ibu kita pun, kita akan menangis untuk memanggil ibu kita. Untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pun, kita perlu bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam. Untuk mendapatkan menjadi seorang pekerja yang terbaik pun, kita perlu menyiapkan segala kerja yang diberikan.


Tetapi kenapa apabila timbul soal cinta dan jodoh, kita terus mengatakan “Belum ada jodoh lagi”? Kenapa pada awal-awalnya kita tidak diamkan diri sahaja dan mengharapkan ibu kita datang untuk memberikan susu? Kenapa kita tidak berhibur sahaja setiap masa dan mengharapkan kita akan berjaya dalam peperiksaan? Dan kenapa kita tidak duduk diam sahaja di rumah dan mengharapkan akan ada rezeki pekerjaan untuk kita?

Segala benda yang kita mahukan mestilah perlu ada usaha. Termasuklah dengan bercinta.
Jika anda mengatakan anda tidak ada jodoh dan masih tidak mempunyai pasangan, fikir-fikirkanlah adakah anda sudah berusaha untuk mendapatkannya? Adakah anda sudah berdoa memohon kepada Allah SWT untuk memberikan anda petunjuk dan jalan mencari jodoh anda?

Lihat! Even untuk mendapatkan jodoh pun kita perlu berusaha untuk berdoa memohon kepada Allah SWT agar kita diperolehkan jodoh.

Jadi, jika anda masih lagi keseorangan dan mengharapkan jodoh datang terjelepuk di sebelah anda, fikirkanlah semula. Anda perlu berusaha untuk mendapatkannya. Cinta perlu dicari kerana ia tidak akan datang bergolek dengan sendiri.

Kami doakan semoga anda berjumpa dengan seorang pasangan yang terbaik untuk anda dan mudah-mudahan segala urusan anda akan dipermudahkan olehNya yang Maha Berkuasa. Aminnnn…

Wednesday, January 15, 2014

Apa itu Cinta?

10:07 AM Admin

Apa itu Cinta?

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Need an Invite?

Want to attend the wedding event? Be our guest, give us a message.

Name Email * Message *

Our Location