Ramai yang mengimpikan
bercinta dengan
bestfriend
sendiri. Ini kerana masing-masing sudah kenal rapat dan selesa antara
satu sama lain. Itulah apa yang B rasa, dan I percaya you juga merasakan
cinta yang sama. Tapi cinta sebegini memerlukan masa. Atau lebih tepat
lagi momen magis untuk timbul bagi memberi ruang untuk cinta itu
diluahkan, sebab itu lah walau sekerap mana you memberi hints kepadanya,
si B tetap masih kayu. Dan cinta antara you dan B terbuang begitu
sahaja bilamana you menerima Jejaka A. Tapi itu cerita lama…
I
respect dengan you kerana menghormati cinta you dengan A
sekarang. Dan I juga gembira kerana A berjaya membahagiakan you. Tapi
kebahagiaan sahaja belum cukup dalam cinta kerana dalam diri you masih
ada rasa
insecure atau rimas dengan apa yang you lakukan,
kerana separuh hati you masih lagi bersama B. Positifkan minda, cuba
fokuskan bahawa si A adalah segala-gala dan satu-satunya bagi you dan
minimumkan
contact dengan B seberapa ketika untuk hubungan you dengan A bercambah. Andai usaha you ini masih tidak mendatangkan hasil,
Jangan tipu diri lagi!
Buatlah keputusan segera sebelum hubungan you dengan A pergi ke tahap
yang jauh lebih serius. Beritahu A bahawa ada sesuatu yang tak kena
dalam hubungan you berdua dan masalah itu datang daripada you sendiri,
akuilah. I tahu ia berat untuk diluahkan. Tapi dengan cara ini sahaja
you boleh
settle kekusutan ini. Ia lebih baik daripada you
terus meronta-ronta untuk ke perhubungan yang lain dengan B, itu lebih
berdosa. I yakin, dengan kebaikan dan kejujuran yang A lakukan kepada
you selama 2 tahun ini, si A boleh menerima pengakuan you ini dengan
rasional.
Jika sebaliknya berlaku, you akan dapat lihat seikhlas mana cinta agung A
kepada diri you, yang mungkin you pandang sebelah mata selama ini.
p/s: “Never forget that a half truth is a whole lie”
0 comments:
Post a Comment