Berdosakah bercinta
Cinta adalah kecenderungan hati kepada sesuatu, Oleh itu, ia adalah
kerja hati, bukan kerja anggota badan yang zahir. Cinta seorang lelaki
kepada seorang wanita atau cinta seorang wanita kepada lelaki adalah
harus kerana ia adalah fitrah manusia, disebutkan dalam Hadis " Dicintai
kepadaku daripada dunia : wanita dan wangian ... " (Riwayat Ahmad, An
Nasai dan Hakim)
Ada sesetengah kelompok melihat cinta sebagai suatu dosa. Sebenarnya ia
tidak berdosa, bahkan perkahwinan dan zuriat tidak akan berpanjangan
tanpa cinta.
Islam adalah agama fitrah. Cinta juga adalah fitrah. Oleh itu Islam amat
mementingkan cinta, kasih dan sayang dalam kehidupan seorang muslim.
Cinta dalam hadis Nabi:
1. "Seseorang akan bersama dgn orang yang dia kasihi" (Riwayat Bukhari)
2. "Apabila kasih seseorang akan saudaranya, maka beritahulah dia ... " (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)
3. "... .Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman, dan kamu
tidak beriman hingga kamu berkasih sayang... " (Riwayat Muslim)
Oleh itu, jika pasangan bercinta masih menjaga adab-adab dan akhlak, maka cinta itu adalah baik.
Jika ia melanggar hukum agama maka perbuatan itu adalah haram dan cinta mereka juga haram..
0 comments:
Post a Comment