Tips Keluar Dating Bersama Pasangan
Rancang Terlebih Dahulu
Yup!
Inilah yang paling penting. Anda perlu merancang terlebih dahulu masa
dan aktiviti yang ingin dilakukan apabila keluar dating nanti. Selain
daripada itu, anda juga perlu lihat samada budget anda mencukupi atau
tidak. Jika tidak, cuba buang mana-mana aktiviti yang tidak penting agar
poket anda tidak tinggal habuk apabila balik ke rumah nanti.
Pakaian Jangan Over
Semasa
hendak keluar dating, hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda
pakai. Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, stylo mylo,
funky, geek dan sebagainya?. Bagi saya, tidak perlu itu semua. Sudah
cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas-ringkas dan nampak
kemas. Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak
terlalu selekeh. Anda perlu ingat, tujuan kita keluar adalah untuk pergi
dating dan bukannya pergi ke event atau function yang mewah-mewah.
Teman Dia Ke Mana Saja
Tidak
sah kalau keluar dating tanpa Si Dia tidak singgah masuk ke kedai baju,
kedai kasut dan sebagainya. Kalau dia nak singgah tu, ikut sajalah ke
mana dia nak pergi. Kalau anda tak larat nak temankan dia, duduk sajalah
di mana-mana kerusi yang ada dalam kedai itu. Saya selalu gunakan tips
ni semasa di kedai kasut. Tetapi pastikan juga anda melihat ke mana dia
pergi. Mana la tau kot-kot dia akan memanggil anda untuk berikan
pendapat tentang baju ke, kasut ke, atau barang-barang yang dia nak
beli. Walaupun boleh dikatakan 90% daripadanya memang dia tidak akan
beli tetapi, at least dia berasa gembira apabila anda dapat teman dan
melayan permintaan dia dengan sebaiknya.
Berikan Pendapat Jika Ditanya
Dan
lagi satu, apabila ditanya untuk berikan pendapat, cuba berikan
pendapat anda dengan seikhlas yang mungkin. Saya kadang-kala ada juga
mengada-ngada menterbalikkan pendapat saya. Saja nak bergurau-gurau la
katakan. Apabila baju tu lawa, saya cakap tak lawa. Bila kasut tu tak
sesuai, saya cakap sesuai. Gedik kan?Tetapi memang saya suka buat macam
tu. Dan lepas tu kena pandai-pandailah pujuk balik bila dah nampak mulut
dia semacam je muncungnya.
Jangan Jadi Bisu
Semasa
sedang berjalan-jalan tu, jangan biarkan suasana menjadi bisu. Cuba
bangkitkan beberapa topik perbualan supaya Si Dia tidak berasa bosan
apabila keluar dating dengan anda. Sebagai contoh yang mudah, cuba
berikan pendapat anda tentang filem yang ditonton. Cuba gunakan apa-apa
perkara yang menarik dalam filem tersebut ke dalam topik perbualan anda.
Dengan itu, sedikit sebanyak dating anda tidaklah bosan dan sunyi
sahaja. Tetapi perlu diingatkan, berhati-hati ketika memilih topik
perbualan. Jika anda salah pilih topik, payah juga untuk menceriakan
semula keadaan.
Buat Si Dia Ketawa
Part
ini adalah part yang saya rasa sukar bagi sesetengah orang. Bagi kepada
mereka yang ringan mulut, saya rasa mereka tidak akan mengalami
masalah. Cara ini adalah bagus kerana bukan sahaja Si Dia akan berasa
gembira malah ianya akan memberikan Si Dia kekuatan kerana andalah
penyeri hidupnya apabila Si Dia berasa kesunyian atau pun keseorangan.
0 comments:
Post a Comment