Thursday, July 10, 2014

Kesan Positif dan Negatif Percintaan Di IPTA

7:54 PM Admin

Kesan Positif dan Negatif Percintaan Di IPTA

♥ Kesan Positif Bercinta ♥

Meningkatkan Prestasi Pelajaran

Salah satu daripada kesan positif cinta kepada remaja ialah dapat membantu dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Melalui hubungan cinta yang terjalin akan membolehkan mereka mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Malah mereka juga akan saling cabar-mencabar dan bersaing antara satu sama lain bagi membolehkan masing-masing mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, Mereka jadikan pasangan cinta mereka sebagai satu saingan positif mereka ke arah pencapaian yang lebih baik.

Membawa Perubahan Sikap Dan Tingkah Laku

Selain itu, cinta juga mampu membuatkan seseorang remaja itu berubah. Istilah berubah yang dimaksudkan di sini ialah perubahan sikap atau tingkah laku daripada yang kurang elok kepada yang lebih elok. Terdapat sesetengah remaja yang mampu meninggalkan tingkah laku atau pun tabiat yang kurang menyenangkan hanya apabila ditegur oleh pasangan masing-masing. Sebaliknya apabila ditegur oleh ibu bapa mahu pun keluarga langsung tidak diendahkan mereka. Lazimnya, seseorang remaja lelaki mampu mengurangkan atau meninggalkan terus tabiat merokok walaupun sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka hanya apabila diminta oleh pasangan cinta mereka. Hal ini dilihat sebagai antara kesan positif terbaik cinta remaja kerana sebagaimana yang kita sedia maklum tabiat merokok bukanlah satu amalan yang mampu mendatangkan faedah.

Memberi Semangat Dan Kekuatan

Di samping itu, melalui hubungan cinta remaja yang terjalin ini juga seolah-olah dapat memberikan satu sinar harapan kepada remaja untuk terus tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Hal ini akan lebih dirasai oleh remaja yang kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kesan daripada keruntuhan institusi kekeluargaan. Perceraian ibu bapa telah menyebabkan anak-anak terbiar tanpa mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Akibat daripada faktor inilah yang telah mendorong remaja untuk mendapatkan kasih sayang daripada pihak luar melalui hubungan cinta yang dijalin.

love 06 al 1024x768 300x225 Kesan Positif dan Negatif Percintaan
Info Cinta

♥ Kesan Negatif Bercinta ♥

Penyebab kepada berlakunya gejala kemurungan

Gejala kemurungan juga merupakan antara kesan perasaan cinta dalam kalangan remaja. Gejala kemurungan ini akan berlaku sekiranya hubungan cinta yang dijalin terputus di pertengahan jalan. Akibat daripada kekecewaan ini akan memberi tekanan kepada remaja seterusnya mengakibatkan berlakunya gejala kemurungan.

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh Dr Ajif Narib, seorang penyelidik di Universiti Perubatan Carolina Selatan menyatakan bahawa gejala kemurungan seperti mood yang tidak baik, hilang motivasi dan selera makan ialah perkara biasa yang dialami berikutan putus cinta atau kematian orang tersayang.
Hasil penyelidikan ini juga menyatakan bahawa wanita berkemungkinan dua hingga tiga kali untuk mengalami kemurungan berbanding lelaki.

Laporan oleh saintis Amerika juga mendapati kekecewaan yang dirasakan wanita selepas berakhirnya hubungan romantik dengan pasangan masing-masing boleh memberi kesan kepada otak. Impaknya, ini akan menyebabkan penurunan mendadak dalam aktiviti sel otak dalam bahagian otak yang mempunyai kaitan dengan emosi, motivasi dan perhatian.

Peningkatan kes bunuh diri

Salah satu daripada kesan negatif cinta remaja ialah menyumbang kepada peningkatan kes bunuh diri disebabkan perasaan kecewa yang teramat apabila sesuatu perhubungan tersebut berakhir dengan kegagalan.

Statistik menunjukkan, bagi tempoh 15 tahun yang lalu, terdapat seramai tujuh hingga 12 orang daripada setiap 100,000 penduduk Malaysia mati kerana membunuh diri. Malah data yang dipetik sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam usaha membantu menangani kes ini, mendakwa terdapat sekurang-kurangnya tujuh kes bunuh diri sehari di Malaysia.

Ramai di antara remaja yang sanggup membunuh diri terutamanya apabila cinta yang dijalin terputus di pertengahan jalan. Hal ini berlaku apabila remaja terbabit begitu taksub dengan cinta sehingga sanggup meletakkan cinta kepada seseorang mengatasi segala-segalanya. Sebagai contoh, akhbar tempatan ada melaporkan berkenaan cubaan bunuh diri oleh seorang anak gadis gara-gara kecewa hanya kerana dimarahi teman lelakinya.

Berdasarkan kes ini, dapat dibuat satu kesimpulan bahawa tahap keimanan dalam kalangan sesetengah anggota masyarakat muslim yang terlalu lemah dan rapuh sehinggakan alasan dan sebab yang remeh di jadikan sebab untuk menderhaka kepada Allah S.W.T.

Menyumbang kepada peningkatan kes remaja lari dari rumah

Selain itu, cinta remaja juga dilihat sebagai salah satu daripada penyumbang kepada peningkatan kes remaja lari dari rumah. Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini.

Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa dalam kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah.

Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku.
Ketaksuban cinta remaja lebih-lebih lagi apabila cinta yang dijalin atas dasar suka sama suka ini mendapat tentangan oleh keluarga mampu mendorong remaja untuk nekad melakukan perbuatan yang di luar jangkaan iaitu lari dari rumah. Remaja perempuan pada hari ini begitu tegar lari meninggalkan rumah dan ibu bapa semata-mata untuk mengikut kekasih hati lebih-lebih jika hubungan cinta tersebut tidak direstui keluarga.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, tiga punca utama remaja lari dari rumah ialah mengikut kekasih, pengaruh kawan dan keinginan untuk bebas. Sebanyak 6,270 kes dicatatkan sejak 2004 hingga Mei tahun ini. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan bahawa, terdapat kes remaja lari mengikut teman lelaki yang membabitkan remaja perempuan seawal usia 10 tahun, manakala peringkat umur 14 dan 17 tahun mencatatkan kes paling ramai iaitu 4,097 orang.

Peningkatan kes seks luar nikah

Kajian akhbar i-Kon yang dijalankan ke atas 100 orang remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, berusia lingkungan 15 tahun hingga 30 tahun menyatakan bahawa sebanyak:
-57 peratus remaja mengaku pernah bercium.
-69 peratus pernah berpeluk dengan teman istimewa
-80 peratus remaja berpegang tangan dengan teman istimewa


Hal ini jelas menunjukkan bahawa para remaja masa kini tidak mengendahkan lagi nilai tatasusila dan adat timur yang dipegang oleh masyarakat sejak sekian lama. Hubungan intim dengan pasangan bukan muhrim sudah menjadi kebiasaan dan bukan sesuatu yang menjadi larangan agama. Sikap liberal remaja ini sangat mengejutkan dan seharusnya membuka mata banyak pihak akan kesannya kepada institusi masyarakat khasnya.

Mengikut Tinjauan Seks Sejagat Durex 2004 yang membabitkan 350,000 responden dari 41 negara, seseorang remaja mula melakukan hubungan seks buat pertama kali antara usia 16 tahun dan 20 tahun atau purata usia 17.7 tahun. Secara purata di Malaysia, didapati remaja melakukan seks kali pertama pada usia 19.3 tahun berbanding 20 tahun pada 2001.

Meningkatkan jumlah pengguguran haram

Kesan daripada perasaan cinta ini, para remaja cenderung menghalalkan apa yang haram dan menyebabkan sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi akan berlaku. Para remaja yang terlanjur lalu hamil anak luar nikah cenderung mengambil jalan menggugurkan kandungan bagi mengelakkan masalah-masalah seperti malu, dipulaukan masyarakat, dan tekanan kerjaya. Menggugurkan kandungan dilihat sebagai jalan selamat bagi menyembunyikan kehamilan dan mengelakkan perasaan malu.

Di Malaysia, pengguguran adalah sesuatu yang diharamkan. Malah semua agama sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan lain-lain mengharamkan pembunuhan dalam kandungan atau pengguguran.
Selain dari pengguguran, para remaja juga sanggup membuang bayi yang telah dilahirkan semata-mata untuk menutup malu. Tempat-tempat pembuangan bayi lazimnya di dalam tong sampah, di belakang pasaraya, di surau, di dalam semak, di dalam tandas, di perhentian bas dan sebagainya.

Di US, dua badan utama iaitu Federal Centers for Disease Control (FCDC) dan Alan Guttmacher Institute (AGI), telah mengumpulkan data kes pengguguran anak yang menunjukkan bahawa jumlah nyawa yang dibunuh dalam kes pengguguran di US iaitu hampir 2 juta kes. Kes penggugguran janin tersebut lebih banyak dari jumlah nyawa manusia yang dibunuh dalam mana-mana peperangan dalam sejarah negara itu.

Wednesday, July 2, 2014

KAJIAN KES PERCINTAAN PELAJAR IPTA

7:15 PM Admin

KAJIAN KES PERCINTAAN PELAJAR IPTA

Beliawanis yang sedang bercinta dan dihormati, zaman muda merupakan zaman yang amat istimewa bagi kita. Nikmat kemudaan seharusnya disyukuri dengan cara yang betul. Inilah zaman yang amat mencabar yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah. Nabi telah bersabda “Tidaklah tidak akan berganjak seseorang hamba di hari Kiamat melainkan sesudah ditanya kepadanya tentang empat perkara” :

Pertama tentang umurnya, dimana dihabiskannya, TENTANG MUDANYA, apa yang telah dilakukan dengannya, tentang hartanya, dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakannya. Dan tentang ilmunya, apa yang telah dilakukan dengannya." (Hadis Tarmuzi). Orang muda mudah dilamun cinta Kasih dan cinta pula adalah perasaan yang fitrah bagi manusia. Allah menceritakan tentang perasaan fitrah ini di dalam Al-Quran dengan firmanNya: "Dihiaskan bagi manusia kecintaan kepada perkara-perkara yang diingini nafsu berbentuk perempuan-perempuan, anak pinak, harta benda yang banyak dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternakan dan kebun tanaman.Itulah kesenangan hidup di dunia sedangkan di sisis Allah ada di tempat kembali yang sebaik-baiknya” ( Al Baqarah 2 : 165 ). Ayat ini menceritakan tentang percintaan atau kasih atau pemujaan kepada makhluk sehingga kita sanggup menuruti dan mematuhinya dalam melakukan maksiat. Dalam erti kata yang lain, kita utamakan kehendak makhluk daripada kehendak Allah. Ketika itu kita telah syirik kepadaNya. Cinta yang membawa kepada kepatuhan yang membuta tuli amat membinasakan.

Bila cinta lelaki perempuan mengatasi cinta Allah, maka terjadilah perkara-perkara yang tidak baik seperti khalwat, zina, rogol, pergaulan bebas dan sebagainya. Sebagai contohnya kajian Kementerian Belia & Sukan ke atas 5860 remaja dalam lingkungan umur 13-21 tahun pada tahun 1994 mendapati bahawa 28% daripada mereka telah terlibat dengan seks bebas. Lapuran akhbar bertarikh 1 November, 1995 menyebutkan tentang kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia berhubung satu kajian yang telah dibuat keatas sekumpulan remaja berumur 16-18 tahun di Wilayah Persekutuan, di mana di dapati 50% daripada mereka telah mengadakan hubungan seks, termasuk dengan melanggani pelacur-pelacur. Inilah manifestasinya bila nafsu mengatasi iman. Cinta yang melahirkan manifestasi seperti ini membawa kepada kehancuran. Amat berbeza sekali sikap mereka yang benar-benar beriman, yang mana tindakan mereka sentiasa dikawal oleh batas-batas syariat.

Di dalam Al-Hilyah disebutkan tentang Ummu Sulaim yang pernah dilamar oleh Abu Talhah, sebelum beliau (Abu Talhah) menganuti Islam. Abu Talhah ketika itu cukup kacak dan kaya raya. Jawapan Ummu Sulaim jelas melambangkan keperibadiannya yang tinggi: "saya cintakanmu. Orang yang sepertimu tidak akan ditolak. Tetapi kamu seorang kafir dan saya tidak boleh berkahwin dengan seorang yang kafir." Inilah ungkapan daripada hasil suluhan iman dan takwa. Cinta tidak akan menyebabkannya menggadaikan maruah dan harga diri.

Zina yang ikhlas tidak pernah wujud dalam Islam. Zina adalah haram dan tidak ada sebarang keikhlasan yang dapat menghalalkannya. Seperti kisah seorang datuk yang telah dilaporkan oleh akhbar pada 6 Ogos, 1999. Beliau telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana dia telah berazam untuk mengahwininya selepas ini. Inilah nilai yang sedang melanda dunia hari ini. Seks dianggap suci walaupun tanpa perkahwinan.

Pada pengamatan saya, dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang telah meruntuhkan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya "The History of Decline and Fall of the Roman Empire" telah menulis: "Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas?..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dasyat sekali. Saya harus menyatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep "Machiavellianisme" yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya "The Prince" telah menekankan konsep "the end justifies the means" ataupun "niat membersihkan cara." Maksudnya asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan lain-lain perbuatan keji adalah halal bagi Machiavelli.

Itulah yang akan berlaku andai kata nilai-nilai agama diketepikan.Sebagai contoh, sebuah perkampungan di Alwar, India telah mengiktiraf pelacuran sebagai suatu perkhidmatan yang baik. Perkhidmatan seks di tepi lebuhraya yang menghubungkan Delhi dan Gujurat ini, dianggap sebagai aktiviti kebajikan sosial yang terpuji. Inilah contoh nilai yang keji yang tidak diperlukan oleh dunia moden. Ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas pada hari ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan, dan nilai agama adalah kolot. Jika demikian mari kita perhatikan hasil yang telah disumbangkan oleh seks bebas. Ia telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar "ada Spiegel" telah menjadikan tajuk "AIDS in Asia - Killer epidemic in sex paradise (AIDS di Asia -wabak pembunuh di syurga seks)," sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997.Kajian tambahan oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika pada tahun 1998, mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada 2 kali ganda kemungkinan diserangi gangguan emosi di dalam hidup mereka. (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics) Sumbangan yang seperti inikah yang handak kita banggakan.

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Inilah hasil kemajuan dan kemodenan jika agama dipinggirkan. Kita perlu belajar daripada keruntuhan Rom. Islam menekankan bahawa niat dan cara kita perlu betul di dalam setiap perlakuan. Niat yang betul bermaksud ikhlas, cara yang betul bermaksud selari dengan syariat. Syariat telah mengharamkan zina justeru itu hendaklah kita menjauhinya, demi kebaikan kita sendiri.Nabi telah bersabda: "Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya." (Hadis Ahmad & Thabrani). Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah, malah ia mencantikkannya. Sebagai contoh Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada sesuatu yang murni, selamat dan mendamaikan seperti melalui perkahwinan.


Antara keluhan yang sering diluahkan oleh para siswa-siswi di IPT ialah tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin. Tuntutan naluri muda mereka menyeru mereka untuk berkahwin. Persekitaran yang diwarnai oleh kefasadan dan maksiat juga menuntut mereka untuk menghalalkan perhubungan berlainan jenis yang merupakan sifat tabi’i manusia.

Kajian-kajian oleh sesetengah pihak dan juga laporan-laporan media membuktikannya. sama ada hasil kajian yang pernah didedahkan oleh akhbar kosmo pada awal tahun 2006, mahupun apa yang telah dilaporkan oleh NST pada 18 Ogos 2006. Kesemuanya membuktikan kemelut yang sedang dihadapi oleh para siswa dan siswi di IPT-IPT. Sayang sekali, kemampuan material mereka tidak membenarkan pernikahan dilangsungkan di alam pengajian. Ibu bapa moden yang berfikiran materialistik dan kolot juga menjadi penghalang utama. Bagi para ibubapa, anak-anak mestilah menghabiskan pengajian, mestilah mempunyai kerja yang tetap dan kukuh, membeli kereta, barulah anak-anak tersebut boleh berkahwin. Akhirnya, anak-anak di IPT bergelumang dengan dosa berpacaran dan berkhalwat yang dilarang oleh Allah S.w.t.

Adakah kemampuan untuk bernikah terletak pada kerjaya, segulung ijazah, kereta, ataupun gaji yang lumayan? Menurut jumhur ulama, kemampuan yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah kemampuan untuk membayar mahar (mas kahwin dan bukan hantaran). Mahar boleh di dalam pelbagai rupa. Ada sahabat yang memberikan mahar hanya dengan sebentuk cincin besi sahaja. Malah ada yang memberikan mahar di dalam bentuk surah al-Quran yang mereka hafal. Apa yang menjadi persoalan utamanya, institusi kekeluargaan itu mesti dipopularkan. Usaha untuk memudahkan pembentukansebuah institusi kekeluargaan itu adalah satu kewajipan di dalam mana-mana komuniti. Perhubungan secara halal akan dapat mengelakkan banyak masalah sosial yang dihadapi masyarakat. Sayang sekali jika usaha pembentukan mahligai yang suci ini sentiasa dihalangi oleh batas-batas material yang kita sendiri ciptakan.

Ibn al-Qayyim pula mempunyai pentafsiran yang lebih ekstrim berhubung "kemampuan" yang disebutkan oleh hadis tersebut. Bagi beliau, kemampuan yang dimaksudkan ialah "kemampuan fizikal". Oleh yang demikian, barangsiapa yang tidak mempunyai kemampuan "fizikal" untuk menjalankan tanggung jawab sebagai suami, hendaklah mereka berpuasa untuk menjana kekuatan "dalaman". Walau bagaimanapun, ini bukanlah pendapat yang popular. Pendapat jumhur ulama mengenai kemampuan yang ditafsirkan sebagai kemampuan untuk membayar mahar merupakan pendapat yang kuat.

Penentuan mahar antara persoalan yang mungkin timbul lewat perbincangan mengenai mahar ialah, milik siapakah "penentuan mahar" tersebut. Adakah ianya milik si dara, ataupun bapanya. Di dalam pengamalan masyarakat Melayu dari dahulu lagi, si bapalah yang menentukan kadar mahar si gadis. Jika mereka letakkan terlalu murah, nanti ada yang megatakan, anak gadisnya terlalu murah. Jika mereka letakkan terlalu mahal, nanti ada pula yang mengatakan, mereka menjual anak. Maka adat dan harga pasaran tempatanlah yang menjadi ukuran. Apa yang penting, mahar adalah hak mutlak si bapa untuk menentukannya. Lazimnya di Malaysia, orang utara terkenal dengan mahalnya mahar, orang Pantai Timur terkenal dengan mahar yang rendah, manakala orang di tengah dan selatan mengukurnya mengikut keadaan keluarga dan juga kebiasaan saudara mara. Adakah ini bertepatan dengan Islam?

Di dalam Islam, si gadislah yang mempunyai kuasa mutlak ke atas maharnya. Si gadis mempunyai kuasa penuh untuk menentukan jumlah mahar yang beliau kehendaki. Walaupun al-Quran dan al-Sunnah tidak menghadkan harga siling untuk mahar, namun Rasululah SAW menasihatkan anak-anak gadis agar tidak meletakkan mahar yang terlampau tinggi. Gadis-gadis yang menuntut mahar yang rendah dipuji oleh Rasulullah SAW. Perkara seumpama ini tidak berlaku di Malaysia kita, malah ianya juga tidak berlaku di kebanyakan negara-negara Islam. Uruf atau adat yang banyak memainkan peranan. Si bapa yang mempunyai kuasa dominan sering berperanan untuk menentukan jumlah mahar anak-anak gadis mereka. Kebiasaannya,ianya diukur menurut jumlah kos perbelanjaan perkahwinan yang terpaksa mereka tanggung.

Isu yang cuba diketengahkan di sini ialah, adakah perletakan mahar yang tinggi sesuai untuk warga IPT?, ataupun kita terus akur dengan adat lantas menghalang anak-anak di IPT daripada berkahwin, semata-mata kerana halangan mahar yang tidak mampu untuk mereka bayar Berterusanlah anak-anak di IPT di dalam gelombang maksiat di atas nama coupling dan kebebasan individu. Cara mengatasinya Jika benar para siswa dan siswi ingin mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan berniat untuk menghalalkan perhubungan mereka, mereka hendaklah bernikah. Itulah sahaja penyelesaiannya. Seumpama tema NOKIA, "Nokia – connecting people", kita mengatakan "NIKAH – Connecting people". Alasan yang sering diungkapkan ialah "Duit tak ada, tapi hati mahu kahwin…"Apakah tiada solusi yang praktikal di dalam hal ini?, tidak!, solusinya ada, Cuma kesungguhan yang tiada. Apakah solusinya?

Peranan Jabatan-jabatan agama dan pusat-pusat zakat Salah seorang siswa pernah mengadukan kerenah birokrasi yang dihadapi beliau untuk bernikah di zaman pembelajaran. Jabatan-jabatan agama bagaikan tidak menggalakkan anak-anak IPT bernikah dengan mudah. Mungkin mereka lebih gemar untuk mengendap dan memberkas pasangan yang berkhalwat daripada menggalakkan anak-anak muda bernikah. Imam-imam dan para kadi juga nampaknya kurang "jantan" di dalam perkara ini. Majoriti mereka lebih takutkan prosedur dan juga apa yang termakstub di atas kertas berbanding dengan apa yang tertulis di dalam al-Quran dan sunnah. "Saya tidak ada kuasa, nanti saya yang akan kena dakwa!", merupakan ungkapan-ungkapan yang biasa didengari dari mulut para imam dan kadi yang diminta untuk memudahkan urusan perkahwinan anak-anak muda IPT yang tidak dapat melalui proses birokrasi yang konvensional.

Pernah berlaku, seorang muallaf yang ingin bernikah tetapi tidak mendapatkan surat pengesahan masuk Islam dari negara asalnya telah dihalang daripada berkahwin oleh seorang jurunikah di ibu negara. Muallaf tersebut telah membandingkan proses perkahwinan yang jauh lebih mudah di negaranya yang kafir melalui khidmat gereja berbanding dengan proses pernikahan di Malaysia "Darul Islam" ini. Bukan sekali, sepanjang umur saya yang masih muda ini, sudah dua tiga kali para muallaf mengadukan hal yang sama. Lebih parah, ada di antara juru nikah yang tidak berani menikahkan sepasang muallaf hanya kerana tiada surat sokongan dari bapa si gadis yang bukan Islam. Mungkin gambaran ini hanya segelintir kerenah yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak muda bila berhadapan dengan kerenah birokrasi jabatan-jabatan agama dan juru nikah-juru nikah. Realitinya mungkin lebih banyak lagi masalah yang mereka hadapi. Tidak hairanlah mereka mengambil jalan yang mudah, iaitu dengan berzina atau bersekedudukan mahupun berpacaran yang jauh lebih mudah. Malangnya, di dalam kes mengendap dan mencekup pasangan yang berzina dan berkhalwat, personel-personel agama ini akan bersikap pro-aktif!

Sewajarnya jabatan-jabatan agama dan personel-personel agama ini memudahkan proses perkahwinan anak-anak muda. Lebih baik lagi jika disediakan satu pakej perkahwinan IPT di mana prosesnya dimudahkan dan diberikan bonus serta saguhati. Bukankah di dalam usul al-fiqhada kaedah "fath al-dharai’" (membuka jalan-jalan kebaikan). Bukankah juga kaedah fiqh juga ada yang mengatakan "al-wasilah yak hudhu hukmu al-ghayah" (hukum kepada jalan yang membawa kepadasesuatu perkara adalah mengikut hukum matlamatnya). Rasulullah SAW juga ada bersabda: "Penunjuk jalan kebaikan akanmendapat pahala seperti pembuatnya".

Jabatan-jabatan agama juga sepatutnya tidak hanya mengadakan kursus-kursus perkhawinan, tetapi juga hendaklah menganjurkan kursus "promosi perkahwinan" dan juga "karnival nikah" seperti karnival membeli belah. Eksperiman Jabatan Agama Wilayah menganjurkan perkahwinan beramai-ramai patut dicontohi oleh semua jabatan agama di seluruh Malaysia. Pusat zakat juga sepatutnya bekerjasama dengan jabatan-jabatan agama agar dapat mengurangkan beban mahar yang terpaksa ditanggung oleh pasangan-pasangan muda ini. Upacara perkahiwnan beramai-ramai ataupun "karnival nikah" ini juga sepatutnya dijadikan upacara penarik pelancong. Laksanakan ia di Dataran Merdeka ataupun di dataran KLCC agar ianya benar-benar dijadikan sebagai karnival. Biarlah seluruh negeri melakukannya, biarlah ianya menjadi lebih hebat dari "Jom Heboh". Rasanya, kerjasama TV3 juga perlu, mungkin mereka juga boleh menjadikannya sebagai acara "Nikah Heboh". Karnival tersebut jangan hanya diserikan dengan acara nikah dan makan sahaja, tetapi pameran, forum perdana, ceramah, persembahan nasyid dan sketsa serta jualan murah barang-barang keperluan harian untuk keluarga juga patut dijadikan acara sampingan.

Peranan IPT. Jika ada IPT yang hendak diberikan penghormatan mengenai usaha menggalakkan perkahwinan para penuntutnya, markah yang penuh wajar diberikan kepada UIAM. Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan siswa dan siswi bernikah dengan memberikan saguhati kepada mereka. Mungkin jumlah yang diberikan itu tidaklah dapat menampung sepenuhnya mahar yang tinggi di Malaysia, namun ianya akan dapat menampung serba sedikit bebanan itu. Diharapkan agar saguhati yang diberikan itu dapat digandakan di masa-masa hadapan demi mengurangkan gejala maksiat di kalangan siswa dan siswi yang kini tidak mengenal sempadan. IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM di dalam hal ini. IPT-IPT juga wajar menganjurkan karnival nikah untuk mengurangkan perbelanjaan kenduri kahwin oleh para pasangan muda. Jadikan ia acara tahunan. Pusat zakat juga boleh memainkan peranan mereka untuk membantu IPT-IPT di dalam menjayakan hal ini. Saguhati atau bonus juga sepatutnya diberikan kepada pasangan-pasangan yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Sebagai contoh, mereka yang mendapat CGPA melebihi 3.5, bonus daripada HEP akan diberikan. Melalui cara yang sedemikian, masalah penurunan prestasi belajar siswa dan siswi yang telah berkahwin akan dapat diatasi. Blok asrama untuk kelamin juga wajar diwujudkan untuk mengurangkan kos sewa rumah di kalangan pasangan-pasanganmuda di IPT.

Yakinlah, jika perkara seperti ini tidak dilakukan, gejala maksiat akan semakin berleluasa di masa hadapan. Lebih ditakuti lagi, apabila maksiat sudah dipandang biasa dan sudah menjadi norma. Pada waktu itu, masyarakat yang wujud akan menjadi masyarakat yang bobrok serta punah. Jika IPT-IPT tidak mengambil inisiatif pun, akan sentiasa terdapat pasangan siswa dan siswi yang akan menggunakan cara lain untuk bernikah. Kelazimannya, Golok akan menjadi destinasi terakhir mereka untuk menghalalkan perhubungan cinta yang sudah tidak dapat dibendung dan dihalang.


Simpanan khas. Para siswa dan siswi tidak sewajarnya hanya mengharapkan pihak lain melakukan sesuatu sahaja. Mereka perlu bersikap pro aktif. Para siswa dan siswi sepatutnya telah mula merancang kehidupan mereka di masa hadapan semenjak hari mereka mengakhiri peperiksaan SPM. Satu akaun khas untuk kehidupan masa depan wajib diusahakan. Pastikan sejumlah daripada segala pendapatan bulanan dimasukkan ke dalam akaun khas tersebut. Lebih baik jika ianya dimulakan lebih awal daripada itu. Bukan hanya pihak siswa sahaja, malah pihak siswi pun sepatutnya juga mempunyai usaha yang sama. Pastikan segala duit perolehan hasil durian runtuh juga dimasukkan ke dalam akaun khas berkenaan. Usaha sebegini akan memberikan keyakinan kepada ibubapa bahawa anak-anak mereka sudah matang dan mempunyai wawasan.m Kebiasaannya ibubapa ragu-ragu tentang kematangan anak-anak. Mereka masih lagi risaukan tahap pemikiran dan kematangan anak-anak mereka. Turut silap juga ialah anak-anak juga yang tidak menunjukkan kesungguhan dan kematangan. Para ibubapa tidak dapat melihat bukti yang anak-anak mereka benar-benar mampu untuk berdikari. Perkara sebaliknya jika mereka mendapati anak-anak tersebut telah mempunyai perancangan dan mempunyai wawasan. Kematangan anak-anak akan segera dapat dihidu. Amat mengecewakan ramai di kalangan siswa dan siswi yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai perancangan yang teliti dan boleh dipercayai. Lebih mengharukan lagi jika mereka hanya beriya-iya hendak kahwin di mulut sahaja, tetapi tidak bersikap matang di dalam tindakan. Di dalam hal ini jangan dipersalahkan ibubapa yang bersikap konservatif, salahkan diri sendiri dahulu. Moralnya, mulalah mengumpul duit dari sekarang.

Pendapatan sampingan. Di pasaran kini, buku-buku mengenai mencari duit tambahan akan laku seperti goreng pisang panas. Buku-buku karangan Robert Kiyosaki, Azizi Ali, dan lain-lain tokoh dalam dan luar negara menjadi "best seller". Mengapa?, kerana tuntutan hidup di era globalisasi ini memaksa kita mencari pendapatan sampingan. Begitu juga halnya dengan para siswa dan siswi. Apabila disebutkan pendapatan sampingan, jangan hanya terbayangkan restoran-restoran makanan segera sahaja. Zaman kini adalah zaman "outsourcing". Kebanyakan projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat besar akan dibahagi-bahagikan kerjanya kepada syarikat-syrikat kecil yang lain. Bagi sesiapa yang pandai di dalam bidang grafik, reka bentuk, media, multimedia, peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan sentiasa terbuka luas. Hanya perlu rajin lebih sedikit sahaja. Bagi yang pandai menulis dan melukis, mereka juga boleh menggunakan bakat tersebut untuk menjana pendapatan. Penjualan buku-buku, terutamanya novel dan cerpen kini menjadi begitu popular. Terokailah ia untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas, ruang motivasi, tiusyen, dan banyak lagi kerja-kerja akademik yang boleh mereka lakukan. Bagi sesiapa yang lebih rajin, carilah pensyarah-pensyarah yang sedang melakukan pengkajian dan juga penyelidikan. Kebiasaannya para pensyarah tidak akan cukup dengan seorang pembantu kajian (research assistant). Tawarkan khidmat anda, mereka pasti akan gembira untuk mengupah anda bekerja. Peluang perniagaan melalui khidmat-khidmat juga ruang yang boleh dieksplorasi oleh para siswa. Terdapat juga di kalangan siswa dan siswi yang terlibat dengan perniagaan MLM, tetapi risikonya tinggi. Perkara yang sering berlaku ialah waktu mereka akan dihabiskan dengan banyak untuk tujuan berkenaan. Mungkin perniagaan insurans lebih ringan daripada MLM.

Apa yang penting di sini, para siswa dan siswi hendaklah mula mengumpul duit untuk berkahwin melalui pendapatan sampingan. Usaha ini akan membantu para siswa dan siswi membina keyakinan di hati para ibubapa. Jikalaulah mereka beralasan anak-anak tidak mampu lagi untuk berkahwin kerana kelemahan di bidang material, maka jika siswa dan siswi tadi sudahpun mempunyai pendapatan sampingan, mereka akan mati hujah. Pengalaman mencari duit di alam kampus juga akan membantu para siswa dan siswi di dalam alam kerjaya mereka. Mereka akan menjadi lebih berdikari, berpengalaman dan lebih berkeyakinan untuk menempuhi kehidupan pasca kampus. Jika mereka ikhlas, Allah akan sentiasa membantu. Apatah lagi jika kerja-kerja itu dilakukan untuk menyahut seruan Allah dan RasulNya.

Kesimpulan Tiada masalah yang Allah berikan kecuali di sana ada jalan penyelesaiannya. Di sebalik semua ujian dan cabaran ada hikmahnya. Kelebihan anak-anak Adam yang tiada pada makhluk lain adalah akalnya. Lontaran ide-ide di dalam artikel ini hanyalah sebahagian dari cetusan minda seorang pendidik. Para siswa dan siswi tentunya lebih kreatif dan lebih mengetahui hal keadaan mereka. Seperkara yang penting, para siswa dan siswi Muslim harus sedar tujuan kehidupan kita diciptakan. Kemuncak kehidupan seorang hamba ialah jika mereka dapat memastikan setiap detik dan saat di dalam kehidupannya berlandaskan syariat Allah. Pastikan juga redha dan juga cinta Allah yang menjadi buruan. Pernikahan adalah sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya. Perkahwinan juga merupakan wasilah untuk seorang hamba menjauhi larangan Allah. Perkahwinan juga akan dapat membantu para hamba untuk melalui setiap langkah di dalam hidupnya di atas naungan kecintaan Allah. Mengapa bertangguh lagi? Ayuh segera mulakan langkah!

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pola percintaan ini telah pun mendedahkan bagaimana situasi percintaan di kalangan pelajar universiti. Tidak dinafikan, golongan ini terdiri daripada orang-orang yang bijak pandai dan individu yang bakal memimpin negara suatu hari kelak tetapi melihat kepada masalah-masalah yang ditimbulkan oleh golongan ini membuatkan masyarakat sekeliling berasa ragu akan kewibawaan pelajar universiti. Isu-isu seperti mengandung luar nikah, bercumbu-cumbuan di khalayak ramai, berdua-duaan tanpa segan silu dan banyak lagi meletakkan taraf pelajar universiti itu pada kedudukan yang sangat rendah. Seolah-olah, kebijaksanaan dan kepintaran pelajar tersebut tidak ada gunanya jika tidak bijak mengatur hidupnya. Natijahnya, pelajar universiti akan dipandang hina seandainya keadaan seperti ini terus berlaku dan berleluasa.

Namun, tidak kurang juga terdapat segelintir pelajar universiti yang berjaya mengekalkan hubungan percintaan mereka ke jinjang pelamin. Keadaan ini juga bergantung kepada kecekalan hati individu dalam mengekalkan hubungan mereka dan bijak mengatasi masalah yang dihadapi ketika bercinta. Keadaan ini juga memberi kelebihan kepada pasangan-pasangan seperti ini pada masa depan dalam melayari alam rumah tangga kerana pengalaman ketika bercinta banyak mengajar erti kesabaran dan langkah-langkah dalam mengatasi masalah yang dihadapi.

Oleh yang demikian, percintaan di kalangan pelajar universiti ini membuka minda masyarakat betapa golongan ini dalam usaha mengatur hidup mereka di masa hadapan dan sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk pasangan masing-masing. Diharapkan pelajar-pelajar universiti ini bijak mengatur langkah dan sentiasa berpijak di bumi yang nyata.


Monday, June 23, 2014

SEKS BEBAS : Cinta Pelajar Universiti

7:09 PM Admin

ISU PERCINTAAN PELAJAR UNIVERSITI

SEKS BEBAS

Gejala ini turut menular dalam kalangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Swasta (IPTS). Mahasiswa merupakan golongan terpelajar dan berpendidikan tinggi yang bakal mengambil alih tampuk pimpinan negara.

SEKS BEBAS
Fenomena seks bebas tidak terbatas pada satu golongan atau peringkat umur tertentu sahaja. Malah ia berlaku daripada kalangan remaja sehinggalah kepada yang sudah tua, daripada tidak berpelajaran sehinggalah dalam kalangan yang berpelajaran tinggi dan berijazah.

Gejala seks luar nikah yang melibatkan masyarakat Malaysia semakin meruncing. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006, Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai di tempat awam atau diserahkan sendiri oleh ibu bermasalah kapada polis. Jumlah ini belum lagi melibatkan ibu yang memelihara anaknya yang lahir hasil perhubungan luar nikah, sudah tentu jumlahlahnya akan meningkat (Berita Harian 7 Mei 2007).

Satu laporan mengenai fenomena remaja Malaysia dan seks telah didedahkan oleh Healthcare Malaysia Sdn.Bhd yang dibuat oleh Durex 2002 ke atas 2,500 responden lelaki dan wanita yang berumur lingkungan 18-30 tahun tanpa mengira bangsa. berdasarkan soal selidik yang dikemukakan, didapati remaja yang berumur lingkungan 18 hingga 24 tahun paling kerap melakukan hubungan seks dan melahirkan anak luar nikah. Purata daripada mereka melakukan hubungan sebanyak 121 kali setahun atau tiga kali seminggu. Didapati percintaan merupakan faktor utama responden melakukan seks bebas.(Mohammad Shatar Sabran, 2003: 128).



Peratusan remaja Melayu yang melakukan seks bebas semakin meningkat sejak sedekad yang lalu. Majoriti orang Melayu iaitu 65% adalah beragama Islam tetapi malangnya amalan seks bebas ketika usia terlalu muda sangat nyata dan secara perlahan-lahan meningkat (Mariani dan Hamidah, 2005: 28). Masalah ini turut melibatkan pelajar-pelajar IPT, di mana terdapat banyak tulisan seperti akhbar, majalah dan artikel yang memaparkan tentang isu seks bebas yang berlaku dalam kalangan mahasiswa termasuklah pengakuan pelajar IPT sendiri yang melakukan perbuatan tersebut dan hamil anak luar nikah. Akhirnya mereka terpaksa mendiami rumah perlindungan wanita dan berhenti dari pengajian (Maszlee Malik dan Hamidah Mat, 2007:134) 

GAYA-GAYA PERCINTAAN PELAJAR IPT

• Pelajar bercinta dengan pelajar
• Pelajar bercinta dengan internet
• Pelajar bercinta dengan pensyarah
• Pelajar bercinta dengan suami orang
• Pelajar bercinta dengan datuk-datuk/orang-orang kaya
• Pelajar terlibat dengan cinta tiga segi

Thursday, June 12, 2014

POLA PERCINTAAN DI KALANGAN PELAJAR IPTA

7:12 PM Admin

POLA PERCINTAAN DI KALANGAN PELAJAR IPTA

Percintaan di kalangan pelajar IPTA dapat dilihat daripada pelbagai scenario dan pola. Percintaan pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan golongan bukan pelajar iaitu yang sudah bekerja. Selain itu, perhubungan yang disertai dengan kepercayaan juga akan menyebabkan perhubungan itu berkekalan. Blog ini juga menyertakan satu model iaitu Model Tasyalakin berkenaan dengan tips bagaimana memupuk kepercayaan di antara pasangan. Zaman remaja di IPTA bukan sahaja untuk melanjutkan pelajaran Namun merupakan suatu medan untuk remaja untuk bersosial dengan dunia luar dan relajar untuk memulakan suatu perhubungan dengann mengenali rakan dan hati budi mereka sebelum membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang mereka. Percintaan adalah bermula dengan perkenalan. Perhubungan disertai dengan kejujuran dan kepercayaan akan menyulam kebahagiaan.

Pola berubah menunjukkan golongan pelajar yang mana percintaan mereka putus di tengah jalan. Percintaan yang tidak kekal adalah disebabkan oleh individu-individu yang bertukar-tukar pasangan. Hal ini adalah disebabkan oleh banyak faktor antaranya adalah ketidakserasian antara pasangan. Kebanyakkan daripada pelajar sendiri mempunyai pengalaman bercinta melebihi satu kali yang sering dianggap sebagai cinta monyet kerana bercinta ketika masih lagi belajar. Walaupun mereka seringkali menganggap pasangan mereka sebagai pasangan yang akan kekal sehingga ke alam perkahwinan tetapi banyak faktor yang menyebabkan ramai daripada remaja berpisah atau dalam kata lain ‘putus cinta’. Naluri remaja yang inginkan kebebasan menyebabkan perasaan tidak mahu dikongkong dan sukar untuk memberikan komitmen mengakibatkan berlakunya perpisahan walaupun pada dasarnnya mereka ingin menjalinkan hubungan berlainan jantina. Selain itu, terdapat juga individu yang tidak dapat memberikan komitmen yang diinginkan pasangan mereka disebabkan terlalu berhati-hati disebabkan pengalaman lampau ataupun kekangan waktu akibat komitmen terhadap kerja atau tugasan tertentu mahupun pelajaran menjadi menghalang mereka memberikan komitmen yang sepatutnya walaupun mereka ingin menjalinkan hubungan bersama seseorang.

Kini terdapat pula satu trend di mana remaja mengamalkan cinta siber iaitu percintaan yang dimulai dengan perkenalan di alam maya melalui ruang yang dikenali sebagai ‘chatting’ di kalangan remaja. Kecanggihan teknologi menyebabkan lebih banyak mekanisme yang boleh dijadikan tempat untuk remaja mencari lebih ramai kenalan seperti ‘Yahoo Messenger’, Friendster dan sebagainya (sekadar menyatakan beberapa contoh). Namun begitu, médium perkenalan yang sebegini mempunyai keburukan dan kebaikan yang tersendiri walaupun dikenalpasti mempunyai lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Antara kebaikan yang boleh dinyatakan disini adalah remaja dapat menganali individu-individu baru yang berasal daripada berbagai pelusuk tempat dan budaya, bangsa dan juga latarbelakang pendidikan yang berbeza menyebabkan remaja mempunyai lebih ramai rakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan tentang pelbagai topik dan tidak hanya terhad kepada pemikiran yang sempit. Hal ini akan memberi peluang kepada remaja mengenali rakan baru yang berasal daripada berlainan negeri dan negara sekaligus menjana pemikiran yang terbuka. Antara keburukan yang amat ketara adalah remaja tidak begitu mengenali individu yang mereka kenali di médium-medium alam siber tersebut. Terdapat banyak kes penipuan yang telah berlaku berpunca daripada perkenalan di alam siber ini. Antaranya adalah seperti kes penipuan atau lebih teruk lagi kes pencabulan kehormatan atau rogol setelah mereka berjumpa. Terdapat juga di kalangan remaja IPT yang menjalinkan hubungan dengan pasangan hanya di dalam ruangan siber dan tidak pernah berjumpa. Mereka tidak mengetahui samada pasangan mereka benar-benar jujur atau sebaliknya. Tidak dapat dinafikan juga terdapat pasangan-pasangan yang menjalinkan hubungan sehingga mereka melangkah ke alam perkahwinan bermula dengan hubungan di alam siber ini.

Pola percintaan mendatar memperlihatkan golongan-golongan pelajar yang yang mana percintaan mereka berakhir ke gerbang perkahwinan. Walaupun rata-rata pelajar IPT menjalinkan hubungan yang tidak serius iaitu tidak ada perancangan untuk pergi lebih jauh, terdapat juga pasangan yang menjalinkan hubungan yang serius untuk masa depan. Perhubungan yang serius tidak hanya terhad kepada pelajar yang menjalinkan hubungan dengan individu yang sudah mempunyai kehidupan yang stabil, malah trend remaja sekarang yang menjalinkan hubungan sesama rakan sekuliah semakin dilihat peningkatannya. Hal ini menyebabkan kembalinya trend berkahwin pada usia yang muda yang mana dahulu sangat popular kembali. Sekiranya mereka tidak merancang untuk berkahwin ketika sedang dalam pengajian, sekurang-kurangnya mereka akan menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan mengikat tali pertunangan sebagai permulaan ke arah perhubungan yang menuju ke perkahwinan. Berkahwin dalam usia muda seawal 20-an dilihat semakin menjadi-jadi kini. Kini dilihat semakin ramai pelajar mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada usia yang muda ketika masih belajar. Komitmen yang tinggi amat diperlukan supaya membolehkan mereka membahagikan masa pelajar dan komitmen rumahtangga.

Disini kami ingin menyertakan satu model yang dipanggil Model Tasyalakin yang akan memberikan tips bagaimana untuk menimbulkan kepercayaan dalam diri pasangan supaya perhubungan akan berkekalan. Antaranya adalah, kejujuran, penerimaan pasangan seadanya, memahami antara satu sama lain, keyakinan terhadap pasangan, komitmen yang ditunjukkan dalam perhubungan dan layanan yang konsisten.

Kejujuran akan menjamin sifat percaya antara pasangan. Antara pasangan tidak seharusnya ada rahsia Namun begitu, sesetengah perkara yang bersifat sangat peribadi mungkin perlu dirahsiakan untuk kebaikan bersama. Seterusnya, penerimaan pasangan dengan seadanya penting sebagai kunci kepada keintiman perhubungan yang membolehkan pasangan menerima baik dan buruk pasangan mereka. Kepercayaan juga perlu dipupuk melalui sifat memahami antara satu sama lain. Ketidaksefahaman mungkin akan terjadi sekiranya salah satu pihak tidak memahami pasangannya. Setiap pasangan juga perlu yakin dengan pasangannya sendiri seperti dari segi berkeyakinan dalam menyimpan rahsia atau tidak. Setiap pasangan biasanya menerapkan sifat mempercayai antara satu sama lain untuk memupuk sifat yakin dengan pasangannya. Komitmen yang ditunjukkan dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan akan menyebabkan perhubungan berlaku dengan lancar namun sekiranya terdapat pihak yang tidak dapat memberikan komitmen seperti yang dikehendaki pasangan, perhubungan akan menjadi hambar dan pasangan akan berpendapat bahawa pasangan mereka sebenarnya tidak serius.

Wednesday, June 4, 2014

Cara Atasi Masalah Cinta Remaja

7:02 PM Admin

Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Cinta Dikalangan Remaja

Masalah cinta di kalangan remaja sebenarnya berpunca dari emosi. Sebagai remaja, kita mudah untuk berprasangka. Mudah untuk terasa bahkan mudah untuk marah. Kadangkala, melakukan sesuatu yang bodoh atas alasan sekadar mahu menguji sedalam masa cinta.

 

Saya juga pernah menjadi remaja. Saya rasai apa yang sedang dirasai seorang remaja bercinta. Cinta masa remaja memang indah. Suka apabila ada orang suka kita, apatah lagi orang itu suka dalam diam. Cinta semasa remaja jadi lebih indah apabila kita ada peluang bertemu dengan orang yang kita cintai itu setiap kali datang ke sekolah.

Masalah cinta di kalangan remaja pada hari ini semakin meruncing kerana 'cobaan' datang dari pelbagai sudut. Kadangkala, fitnah dan hasutan dari kawan-kawan menjadi punca. Hari ini, masalah cinta di kalangan remaja jadi lebih teruk disebabkan oleh kata-kata fitnah dari laman sosial (Facebook, Twitter) juga dari aplikasi perbualan atas talian seperti WhatsApp yang menyebar maklumat tanpa henti.

Sesiapa sahaja boleh berkata mengenai orang lain tanpa bukti yang kukuh. Bahkan, ia menjadi semakin teruk sehingga berubah menjadi perbalahan, pergaduhan, perang dingin, persengketaan.

Remaja hari ini bukan remaja semasa zaman saya dulu. Rema hari ini semakin mudah dipengaruhi kerana maklumat datang dari pelbagai sudut, yang mana akhirnya akan mempengaruhi mereka dalam diam.

Pada pendapat saya untuk menyelesaikan masalah cinta di kalangan remaja, kita sebagai orang lebih dewasa perlu duduk kemudian fahami mereka dengan lebih dekat.

Tidak ada guna mengherdik, memarah atau memukul. Itu cara dulu-dulu. Remaja hari ini semakin pintar, semakin educated kerana dunia semakin canggih.

Kita perlukan pendekatan saikologi. Caranya adalah dengan meraih kepercayaan mereka.

Jika kita memarahami remaja yang menghadapi masalah cinta, remaja itu akan semakin memberontak. Remaja ni sifatnya pentingkan kawan kerana mereka suka berkawan.

Maka oleh kerana itu, kita sebagai orang lebih dewasa perlu bertindak menjadi kawan mereka barulah kita boleh raih kepercayaan remaja-remaja ini. Apa jua nasihat yang kita berikan akan mudah diterima kerana kita menjadi kawan mereka, bukan guru disiplin mereka.

Masalah cinta di kalangan remaja boleh kita selesaikan dengan mudah apabila tahu caranya. Usah guna kekerasan.

Walaupun kekerasan itu kita lihat baik sebagai penyelesaian, tapi ia lebih membawa kemusnahan terutama kemusnahan dalam perhubungan seorang bapa dengan anak, seorang ibu dengan anak bahkan kemusnahan dalam perhubungan sesama adik-beradik.

Rotan sudah kurang relevan dalam menangani masalah cinta di kalangan remaja.

Label: Cara Atasi Masalah Cinta Remaja

Saturday, May 31, 2014

Nak Tahu Statistik Kajian Percintaan Pelajar IPTA

7:10 PM Admin

STATISTIK KAJIAN KES POLA PERCINTAAN PELAJAR IPTA





Pola gaya percintaan pelajar IPTA adalah pertama pelajar yang bercinta dengan pelajar. Pelajar dalam golongan ini adalah amat kurang dari setahun ke setahun. Walaupun berkurang, tetapi masih banyak melibatkan pelajar dalam pola percintaan ini. Hal ini kerana, kebanyakkan pelajar merasakan lelaki yang sebaya dengannya adalah tergolong dari lelaki yang tidak serius dalam percintaan dan kurang berfikir ke arah hidup berumah tangga. Malah, lelaki yang seusia dianggap tidak matang dan tidak menjamin kehidupan. Oleh sebab itu, pola percintaan pelajar dengan pelajar semakin berkurangan.

Selain itu, pola gaya percintaan pelajar IPTA yang kedua adalah pelajar bercinta melalui atau dengan internet. Pola jenis ini semakin meningkat sejak akhir- akhir ini dalam kalangan pelajar IPTA. Walaupun, peningkatannya adalah sedikit tetapi pada tahun 2008, pola jenis ini meningkat secara mendadak. Hal ini kerana kebanyakkan pelajar di IPTA menggunakan sumber rujukan dari internet. Oleh itu, kemungkinan terdedah kepada penggunaan internet seperti friendster, chatting, myspace dan banyak lagi adalah tinggi. Golongan pelajar yang terdedah kepada pola percintaan ini adalah kerana pelajar mudah terpedaya dengan ayat-ayat yang digunakan oleh individu yang tidak dikenali.

Ketiga adalah pola percintaan pelajar dengan pensyarah. Pola percintaan jenis ini semakin meningkat, tetapi pada kadar yang rendah. Hal ini kerana pelajar tidak banyak terdedah kepada pensyarah. Namun, apa yang kita dapat perhatikan, pada masa sekarang kebanyakkan pensyarah yang baru adalah sangat muda dan sebaya atau hampir sebaya dengan pelajar. Hal ini merupakan salah satu faktor menyebabkan percintaan pelajar dengan pensyarah.

Keempat adalah pola percintaan pelajar dengan suami orang. Pola jenis percintaan pelajar dengan suami orang semakin meningkat.Hal ini terjadi kerana kebanyakkan pelajar di IPTA adalah dari golongan gadis-gadis muda. Kesempatan ini, menyebabkan golongan ini mengambil jalan mudah dengan menjalinkan hubungan dengan suami orang untuk kepentingannya. Pelajar yang kebanyakkan terlibat dengan pola jenis ini adalah pelajar yang merasakan suami orang adalah matang dan memahami kehendak mereka dan ini menyebabkan golongan pelajar ini selesa bercinta dengan suami orang.

Kelima adalah pola percintaan pelajar dengan golongan datuk-datuk atau golongan orang-orang kaya. Pola percintaan jenis ini juga semakin meningkat dari setahn ke setahun. Ramai dari golongan pelajar IPTA masa kini, terlalu hidup bebas dan memilih percintaan berdagarkan wang ringgit tanpa memikirkan kesannya kepada diri mereka sendiri. Malah, ada sesetengah golongan yang terpelajar dan dari pelajar IPTA ini adalah sanggup menjadi perempuan simpanan. Hanya semata-mata untuk mendapat kewangan serta kemewahan tanpa memikirkan kesannya.

Pola yang terakhir adalah pola pelajar yang telibat dengan cinta tiga segi. Pelajar yang terlibat dengan pola jenis ini adalah pelajar yang bercinta dan melibatkan orang ketiga. Pola percintaan pelajar dari percintaan tiga segi adalah semakin meningkat. Penglibatan orang yang ketiga dalam satu perhubungan akan menyebabkan perhubungan akan menjadi renggang dan sekali gus akan musnah. Peranan orang ketiga dalam sesuatu percintaan akan mengundang pergaduhan dan akhirnya menyebabkan hubungan terputus. Pola percintaan yang melibatkan orang ketiga masih tinggi dalam kalangan pelajar IPTA.

Friday, May 30, 2014

Cinta Yang Keliru

6:17 PM Admin

Cinta Yang Keliru

Label: info cinta, tentang cinta, masalah cinta, cinta monyet, cinta remaja, apa itu cinta, cinta suami orang, cinta isteri orang, cinta Allah, cinta Islam, cinta tanahair, cinta ibubapa, cinta kerja, cinta awek, cintan, cintun, cinta seks, cinta duit, chinta, cecinta, cintachanduri, cinta jarak jauh, cinta terlarang


Salam .Sy Tasha.. sy rasa biar sy ceritakan dahulu kisah cinta sy yg berkaitan dgn masalah sy sekarang.. sy mempunyai teman llaky.. sy gelarkan dye sebagai ‘A’.kami bercinta sudah hampir 4 tahun.. susah dan senang kami hadapi bersama.. dia lembut, manja. dan selau memenuhi kehendak sy.. kmi juga mrancang akan berkahwin pada ogos 2012.. ttapi selepas 2 thn bersama .. dye semakin berubah.. dye semakin kasar berbahasa, tidak ada lagi belaian manja, bahkan dye naik tangan dgn sy.. perasaan syang yg mndalam semakin hambar dgn sikap dia yyg begitu. sy semakin tawar haty dgn dia. sy tau ini juga salah sy kerana sy juga seorg yg panas baran.. walau pn dia begitu sy yakin ‘A’ amat mncintai sy.. krna sudah bnyk pngorbanan yg dia lakukan utk sy.. setahun yg lalu muncul seorg jejaka yg sy gelarkan dye ‘B’. dye seorg yg cute.. amik berat, dan pandai membuat sy tersenyum. setiap hari sy akn bersms dgn dye.. semakin lama, perasaan syg sy pda ‘B’ semakin berputik..stiap kli sy bersama dgn dye sy hepi, n selesa.. tp sygnya dia dah berkahwin dan mempunyai seorg cahaya mata. sy cuba utk melupakn dye, ttpi semakin sy nak melupakan dye semakin kuat sy ingatkan dye.. sy xkuat utk melupakan dye dri hdup sy.. sy dapat meraskan satu perasaan aneh dlm hati sy.. sy rasa sy dah jatuh cinta dgn dye.. dan dye pwn ada mnyatakan yg dia terlalu sygkn sy.. masalah sy sekarang mizs chinta, sy tidak yakin dgn chinta ‘B’.. Sy Dye hnya mempermainkan sy.. dlm masa yg sama sy tidak mahu terus berrpura2 mncintai ‘A’. Tp dalam masa yyg sama, sy xnk hilang org yg benar2 syygkan sy hanya untuk bersama insan yg sy sndiri xtau sama ada dye benar2 mnyygi diri sy atau x.. tlg lah saya! -Tash

Waalaikumusalam Tasha,

Salah satu kesilapan dalam menyembuhkan keretakan dalam perhubungan adalah dengan mencari pengganti kasih dalam masa yang sama. Ia seolah-olah seperti you keluar dari mulut harimau terjun ke mulut buaya pula.

Bilamana anda mengalami masalah dalam perhubungan, dan you perlukan tempat meluahkan isi hati, menumpang kasih dengan lelaki yang lain adalah satu langkah yang tidak betul. Ya, ia akan sedikit sebanyak merawat luka di hati you tetapi dengan cara yang salah. I faham, apabila si lelaki mula naik tangan kepada kita, separuh daripada perasaan sayang kepadanya turut hancur.

Apa yang you perlu lakukan ialah menjauhi diri daripadanya dan beri ruang untuk you. Ruang ini melingkupi keluarga, kawan-kawan, hobi dan juga ‘diri you yang lama’. Luahkan isi hati anda kepada orang yang benar-benar memahami dan membina seperti ibu atau rakan karib, dan bukannya kepada manusia yang berlainan jantina dengan anda. Pernah dengar “Lelaki Di Dunia Ini Semua Sama”, bukan?

Sibukkan diri anda dengan perkara-perkara lain seperi kerjaya dan hobi agar anda tidak lagi ingatkan si dia di sana. Dan yang paling penting, cari kembali diri you yang dulu, diri you sebelum you kenal dia, diri you yang single dan independent.

Setelah cooling period ini berakhir, barulah you boleh mula sedikit demi sedikit mendekati ‘A’ semula dengan harapan persepsi you terhadapnya sudah semakin jernih dan moga-moga si dia juga sama. Kutip kembali cinta yang masih tersisa, hubungan selama 4 tahun lamanya tidak mungkin lupus langsung bergitu sahaja.

Andai you mendapati tiada jalan sinar lagi dalam hubungan dengan ‘A’, maka you bolehlah menyulam episod baru bersama lelaki lain.


Friday, May 23, 2014

Susah Ker Nak Dapat Cinta Yang Ikhlas?

5:38 PM Admin

Luahan Cinta: Susah Mendapat Cinta Yang Ikhlas

Label: info cinta, tentang cinta, masalah cinta, cinta monyet, cinta remaja, apa itu cinta, cinta suami orang, cinta isteri orang, cinta Allah, cinta Islam, cinta tanahair, cinta ibubapa, cinta kerja, cinta awek, cintan, cintun, cinta seks, cinta duit, chinta, cecinta, cintachanduri, cinta jarak jauh, cinta terlarang

Dalam hidup kita nie bukan mudah untuk bertemu dengan seseorang yang dapat memberikan kita cinta sejati iaitu cinta yang benar-benar ikhlas dimana dia dapat menerima semua kelemahan kita untuk dijadikan kelebihan mereka. Cinta yang benar-benar ikhlas dimana dia akan sentiasa disisi kita walau apapun yang terjadi. Tapi apabila U dah bertemu dengan cinta sejati itu, U sendiri akan tahu dan dapat merasakannya, “Ya, inilah cinta sejatiku!”.

Sebenarnya saiz badan bukanlah menjadi kayu pengukur untuk kita mencari cinta sejati kita. Lain orang lain citarasa. Dan bukanlah mudah untuk kita membaca fikiran orang itu tentang apa yang difikirkannya mengenai kita. Dari apa yang I tengok, seolah-olah U dah give up dengan cinta. U dah hilang keyakinan diri. Kalau macam inilah, sampai bila-bila pun U tak akan bertemu cinta sejati U tu. Sorry kalau terkasar sedikit. I agak kecewa bila I tengok U seolah-olah dah berputus asa dalam mencari jodoh.

Ok now I bagi tips pula. Harap ia dapat membantu U.
  • Yakin atas diri sendiri – Lelaki lebih sukakan perempuan yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Sebabnya lelaki juga adalah insan yang lemah walaupun mereka berpura-pura kuat di hadapan orang lain. Barulah mereka juga yakin untuk memberikan cinta mereka kepada U.
  • Pelbagaikan gaya – Untuk wanita ‘comel’ macam kita nie, memang agak susah untuk mencari pakaian yang sesuai dan trendy. Cuba buat research sedikit-sebanyak dekat majalah @ internet. Dan cuba elakkan pakaian yang boleh menyebabkan ternampak bentuk badan U.
  • Cuba turunkan berat badan – Mungkin ada betulnya teguran yang diberikan oleh ex U tu. U patut cuba turunkan berat badan sedikit. ‘Kecomelan’ berlebihan akan memudaratkan kesihatan dan keyakinan kita. ‘Kecomelan’ ini akan membuatkan kita lebih cepat penat untuk membuat kerja, berjalan dan even U dah kahwin dan ada anak nanti, ia akan memberikan effek lebih besar kepada U.
  • Tunjukkan perwatakan mesra dan happy – Cuba U bawakan perwatakan yang mesra dan sentiasa gembira di dalam diri anda. Secara tidak langsung ia akan membantu U meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan orang disekeliling terasa aura U nanti.
  • Bukakan pintu hati untuk menerima cinta baru – U tidak boleh selama-lamanya seorang diri. Perempuan dan lelaki dijadikan untuk melengkapi antara 1 sama lain. Perempuan dijadikan daripada rusuk lelaki. Oleh itu, si lelaki akan cuba mencari rusuk mereka kembali. Mungkin U boleh ambil masa sedikit untuk bersendirian dan muhasabah diri sebelum menerima cinta baru.
p/s: Cinta sejati tidak akan datang bergolek di hadapan kita. Kita juga kena berusaha untuk mencarinya. Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang melanda, sebenarnya ia membuatkan kita bertambah matang dalam mencari cinta sejati itu. :)


Google Search Cinta!

  • Cinta yang ikhlas
  • cinta ikhlas
  • susah cari cinta
  • lelaki yang ikhlas mencintai
  • luahan hati tentang keikhlasan cinta
  • orang yang susah mendapatkan cinta sejati
  • sukar mencari cinta
  • bila lelaki ikhlas
  • susah hendak mencari cinta yang sejati
  • susah mencari cinta sejati

Thursday, May 15, 2014

20 Tips Membuatkan Lelaki Jatuh Cinta Kepada Anda

5:34 PM Admin

Untuk Wanita: 20 Tips Membuatkan Lelaki Jatuh Cinta Kepada Anda

Label: info cinta, tentang cinta, masalah cinta, cinta monyet, cinta remaja, apa itu cinta, cinta suami orang, cinta isteri orang, cinta Allah, cinta Islam, cinta tanahair, cinta ibubapa, cinta kerja, cinta awek, cintan, cintun, cinta seks, cinta duit, chinta, cecinta, cintachanduri, cinta jarak jauh, cinta terlarang

Lelaki adalah makhluk yang sangat simple tapi penuh dengan ego. Ramai wanita beranggapan lelaki hanya menitik beratkan paras rupa wanita. Sebenarnya ia adalah salah! Kecantikan bukanlah faktor yang membuatkan lelaki itu jatuh cinta pada seseorang wanita.

Untuk pengetahuan anda, jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Kecantikan hanyalah satu bonus bagi lelaki. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada daripada segi pemikiran atau minat kerana banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.


Bagaimana untuk mendapatkan cinta lelaki yang anda sukai?

Cara untuk wanita mendapatkan perhatian lelaki atau dengan kata yang lebih mudah mengorat lelaki ini adalah berbeza berbanding cara lelaki mendapatkan perhatian daripada wanita kerana lelaki ini kadang-kadang lambat perasan akan hint yang wanita berikan. Al-maklumlah lelaki kan :D
So, anda boleh jadikan 20 tips dibawah ini sebagai salah satu cara anda untuk mengorat si dia :)

#1 Jangan Tunjukkan Keterdesakan Anda Untuk Mendapatkan Si Dia
Macam yang dinyatakan seperti di atas, lelaki ini memiliki ego yang sangat-sangat tinggi. Dan mereka akan bertambah ego jika ada wanita yang cuba untuk menguratnya. Mereka akan berbangga dan merendah-rendahkan martabat anda dihadapan rakan-rakan beliau.
Lelaki jarang menghargai sesuatu benda yang mudah didapati. Bagi mereka, semakin sukar dan susah untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan, semakin kuat perasaan untuk mereka mendapatkan menjadikan hak milik mereka. Cubalah jadi seorang yang bersederhana :)

#2 Jaga Penampilan Anda
Semua orang tahu penampilan sangat penting bagi seorang wanita. Melalui penampilan anda sahaja, lelaki boleh membuat tafsiran tentang perangai dan tingkah laku anda.
Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dahulu sedikit dan jangan terlalu tebal. Cukup hanya mengenakan foundation, maskara dan sedikit lipstik. Kemudian pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adab. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong depan orang ramai. Nanti jatuhlah saham kan. Nak nampak gojes kenalah nampak cool.

#3 Tunjukkan Sikap Penyayang Terhadap Budak-Budak
Lelaki lebih mudah tertarik dengan wanita yang mempunyai sifat suka dan sayang kepada budak-budak. Bagi mereka, wanita yang penyayang kepada budak-budak sebenarnya adalah seorang bakal menjadi ibu yang baik untuk anak-anak mereka kelak.

#4 Berikan Si Dia Merasai Masakan Anda

Apa kata anda ambil sedikit masa memasak dan berikan kepada si dia merasai air tangan anda. Untuk pengetahuan anda, lelaki lebih suka memakan masakan si isteri apabila kahwin nanti berbanding makan di luar.

Anda boleh selidik dengan rakannya tentang makanan kegemarannya. So, dari situ, anda boleh belajar sesuatu yang baru tentang makanan kegemarannya dan juga belajar memasak resepi baru. Ataupun anda boleh memberinya merasa makanan kegemaran anda kepada si dia. Mana tahu taste anda berdua sama kan? So dari situ, anda sudah mendapat 1 point dalam hati si lelaki.

#5 Jangan Terlalu Mengongkong
Anda bukanlah isteri si dia. Anda masih berkawan dengan si dia. Anda mungkin akan berasa cemburu apabila melihat si dia keluar dengan perempuan lain, tapi janganlah anda melarang si dia keluar dengan perempuan lain. Mungkin mereka keluar atas urusan kerja dan bukan urusan peribadi.
Even anda dah berkahwin kelak, anda tidak boleh mengongkong si dia. Lelaki ini cepat rimas sekiranya ada wanita yang cuba mengongkong dan menghalang setiap perkara yang dia minat dan suka lakukan.

#6 Berikan Lirikan Mata Menawan
Wanita sememangnya dikurniakan dengan mata yang cantik. Cuma kadang-kadang si lelaki ini kurang perasan. Cuba tonjolkannya dengan memakai maskara, pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan mata yang cantik.
Dan cuba pandang kematanya setiap kali bercakap. Kata orang, dari mata terus turun ke hati kan.

#7 Jaga Pertuturan Anda Di Hadapan Si Dia
Walaupun si lelaki ini nampak ganas dan tough di hadapan rakan-rakanya, tetapi dalam hati mereka ada taman. Lelaki sebenarnya tidak suka wanita yang bercakap kasar dan mencarut. Bersikaplah lemah-lembut dan bersopan-santun. Barulah boleh jadi gadis melayu terakhir! :D

#8 Jadilah Seseorang Yang Boleh Dipercayainya
Lelaki lebih senang untuk berkongsi setiap masalah dan rahsianya kepada wanita. Sekiranya si dia menceritakan segala rahsia dan masalah yang dihadapi, itu bermakna si dia percayakan anda. Dan sebenarnya, amat susah lelaki ini berkongsi masalah dengan orang lain disebabkan ego tadi. So, jangan sia-siakan kepercayaan yang si dia berikan kepada anda.Jadilah seorang pendengar si dia untuk si dia! Lelaki akan berasa gembira jika segala rahsia yang diceritakan tadi selamat dengan anda.

#9 Berikan Sokongan Terhadap Minatnya
Kadang-kadang lelaki mempunyai minat yang pelik. Minat keretalah, komputerlah. Apa yang best sangat pun tak tahu kan. Tapi, janganlah anda cuba menghalang atau sesekali cuba menentang minatnya. Cubalah sesekali memberikan sokongan terhadap minat mereka.

#10 Hormati Orang Tua
Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini. Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat ye :)

#11 Berikan Senyuman Menawan
Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung lelaki bergetar. Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka sememangnya sangat menawan. Lelaki mudah jatuh hati selepas melihat senyuman wanita.
Ketika bertentangan mata, cuba anda lemparkan senyuman yang paling menawan. Mereka akan terpaku dan terkedu seketika. Hati mereka akan terasa bagaikan dipanah! Tak percaya? Cubalah!

#12 Tunjukkan Kebijaksanaan/Kelebihan Anda
Wanita yang bijak adalah wanita yang seksi! Kadang-kadang tidak perlu untuk anda memakai baju yang ketat-ketat sehingga mendedahkan sana-sini atau belajar tinggi-tinggi sehingga peringkat master. Bagi lelaki, wanita yang tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya, peka dengan isu semasa, bijak menyelesaikan masalah dan mempunyai fikiran yang matang adalah sangat-sangat menggoda.

#13 Goda Si Dia

Gunakan kelebihan yang ada pada anda. Lelaki sebenarnya amat mudah cair pada wanita. Gunakan gaya bahasa badan anda dan aset anda- lirikan dan senyuman menawan anda itu untuk menarik perhatian si dia!

#14 Ajak Si Dia Melakukan Aktiviti Bersama
Pada masa-masa terluang, cuba ajak si dia minum bersama atau mungkin ke tempat bekerja bersama. Anda berdua dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi. Mungkin anda dapat tahu sedikit rahsianya secara tak tersengaja. :D

#15 Hantar Signal Perasaan Anda Pada Lelaki Tersebut
Kadang-kadang si lelaki ini lambat perasan ataupun malu untuk mendekati wanita. Mereka pun sama sahaja macam kita; tidak mahu cinta bertepuk sebelah tangan. Tidak salah sekiranya kita sebagai wanita memberikan sedikit hint ataupun signal bahawa kita juga meminatinya.
Sebenarnya istilah perigi cari timba sudah tidak boleh dipakai pada zaman sekarang. Nisbah menunjukkan seorang lelaki bersamaan 4 orang wanita. So, kalau anda terlambat, anda akan terlepas.

#16 Tunjukkan Sikap ‘Slumber’ dan Rileks 
Bersikaplah seperti biasa anda bersama kawan-kawan. Jangan tunjukkan perasaan terlalu syok mahupun control cun dihadapan si dia.

#17 Manja Bukannya Gedik
Lelaki suka perempuan yang menunjukkan perangai manja dan bersifat keanak-anakan tapi bukan yang berlebihan. Itu namanya gedik! Euwww sana. Euww sini. Nak nampak manja tak perlulah sampai nak menangis hentak-hentak kaki ye. Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada perkataan ‘oloooo’ ataupun ‘alaaa’. Lepas tu buat muka berkerut korang tu. Tak pun buat pipi kembung. Ala macam yang selalu anda buat tu. Mesti hancur leburlah hati si lelaki perkasa itu. Nak lagi syahdu korang cebik bibir korang. Alalala tomeinya :P

#18 Bersifat Lemah-lembut Dan Keperempuanan
Wanita dijadikan berbeza dengan lelaki dimana lelaki lebih kuat dan kasar. Dan wanita itu pula diciptakan untuk melengkapkan si lelaki dengan lemah-lembutnya, keayuannya dan keperempuanannya. Ianya seperti konsep ying-yang atau api-air yang mana kedua-duanya bersifat berlawanan tapi memerlukan antara satu sama lain.

#19 Berpegang Pada Agama
Walaupun menjadi tugas lelaki dalam menjadi pemimpin dan pembimbing dalam keluarga nanti, wanita juga hendaklah mempersiapkan diri mereka dengan ilmu agama.

Wanita yang berpegang pada agama akan menjaga batas-batas dalam setiap perlakuannya. Apabila berkahwin nanti, si lelaki akan berasa yakin untuk meninggalkan wanitanya dirumah (atas tuntutan kerja atau lain-lain) kerana mereka tahu pegangan agama akan menjaga wanita ini.

#20 Jadilah Diri Anda Sendiri
Akhir sekali, jadilah diri sendiri. Tidak perlu untuk meniru mana-mana artis mahupun kawan anda disekeliling.  Kalau semua orang berperangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? Yakinlah dengan diri sendiri.

Contohnya ramai wanita sebenarnya tidak perasan yang dalam diri mereka tu ada sifat blur-blur. Apabila berlelaki cakap mesti anda akan blur. Blur tu lah yang menampakkan anda sweeeeet sangat! Tapi jangan terlebih blur. Jadi, just be yourself ok :)
* * * * * * * * * * * *
Jikalau anda benar-benar sudah sukakan si dia, pergilah berjumpa dan luahkan isi hati anda. Lambat-laun anda sendiri akan tersiksa apabila memendam perasaan itu di dalam hati. Jikalau si dia menolak, terimalah dengan hati terbuka. Sesungguhnya dia bukanlah jodoh anda :)

p/s: Lelaki nampak saja gagah perkasa tapi biasanya merekalah yang paling lemah dalam bercinta dan mereka sebenarnya mudah tergoda bila melihat wanita :P

Google Search!

  • cara menggoda lelaki
  • lelaki ego
  • cara menarik perhatian lelaki
  • tips-menggoda-lelaki
  • lelaki ego jatuh cinta
  • cara menggoda suami
  • cara mengoda lelaki
  • cara goda lelaki
  • cinta lelaki ego
  • Ego lelaki


Tuesday, May 6, 2014

Kisah Cinta: Kasih Seorang Suami

5:32 PM Admin

Kisah Cinta: Kasih Seorang Suami

Label: info cinta, tentang cinta, masalah cinta, cinta monyet, cinta remaja, apa itu cinta, cinta suami orang, cinta isteri orang, cinta Allah, cinta Islam, cinta tanahair, cinta ibubapa, cinta kerja, cinta awek, cintan, cintun, cinta seks, cinta duit, chinta, cecinta, cintachanduri, cinta jarak jauh, cinta terlarang

Mia mengerling jam di dinding.Sudah jam 1 pagi namun kelibat suaminya masih belum kelihatan. Dia mengeluh perlahan. Sejak akhir-akhir ini suaminya amat sibuk. Dia bangun dari sofa untuk melangkah ke kamar tidurnya. Tidak lama kemudian dia mendengar pintu utama dikuak.

“Abang dah balik ya.” Mia bergegas kepada suaminya.

“Ya. Mia tunggu abang ke?” Syafiq bertanya perlahan.Wajah Mia ditenung lama.

“Tadi Mia tunggu abang.Tapi abang lambat sangat balik.Elok je Mia nak masuk bilik,abang dah balik.” tutur Mia lembut.

“Maaf ye sayang. Abang banyak kerja sangat di pejabat.” Syafiq serba salah. Dia kasihan kepada isterinya. Bukan dia sengaja hendak balik lewat malam begitu.

“Tak apa bang. Abang dah makan?”

“Dah tadi kat kafe pejabat. Sayang tak mengantuk lagi?” Syafiq bertanya sambil tangannya memeluk erat pinggang isterinya.

“Belum lagi..”

“Jom kita duduk di sofa.” Syafiq menarik tangan isterinya.

“Penat sangat ke bang?” terbit rasa kasihan di hati Mia melihat wajah lesu suaminya. Tangannya lincah memicit-micit bahu Syafiq.

“Penatlah juga.Kerja tak habis-habis.” Syafiq memejamkan matanya menikmati urutan lembut Mia di bahunya.

“Abang janganlah paksa diri abang sangat. Kalau penat,rehat. Kerja tu boleh sambungkan.”

“Abang tak suka tangguh-tangguh kerja. Sayang pun tahukan. Eh, Ikin dah tidur ya?”

“Dah lama tadi. Dia tunggu abang sampai tertidur.”

“Kasihan anak abang tu..” Syafiq meleretkan kata-katanya.

“Kat mama dia tak kasihan ke?” Mia menduga.

“Kat mama dia lagi kasihan. Abang rindu sangat kat Mia. Yelah,pagi-pagi abang ke pejabat. Balik pula lewat.Tak sempat abang nak bermanja dengan isteri abang ni.” Syafiq mengusap-usap lembut leher Mia.

Mia senyum. Dia pun rindukan suaminya. Walaupun tinggal sebumbung,kadang-kadang dia berasa amat jauh dengan suaminya. Adakala tercalit juga perasaan curiga di hatinya. Dia takut suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Tapi sebelum perasaan curiga itu menyelubungi seluruh hatinya,dia pantas mengusir jauh perasaan curiga tersebut. Dia yakin dengan suaminya. Suaminya tidak pernah menipunya selama ini.

“Mia..jangan prasangka terhadap abang ya. Abang balik lewat sebab kerja. Abang tak buat benda bukan-bukan di belakang Mia. Mia percayakan abangkan?” Syafiq seperti dapat menduga gelora di hati Mia.

“Mestilah Mia percayakan abang..” Mia mengucup lembut pipi suaminya.

Syafiq tersenyum bahagia. Mia amat memahami dirinya. Bagi dirinya, Mia adalah seorang isteri yang sempurna. Makan pakainya tidak pernah terabai. Sungguh,dia amat menyayangi dan mencintai isterinya itu. Walaupun berjuta dugaan yang datang melanda, cintanya terhadap Mia tetap teguh.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Mia memandang kesekeliling rumah. Hatinya kosong. Dia berasa amat sunyi. Waktu begini dia amat mengharapkan Syafiq berada di sisinya. Dia rindukan bisikan cinta Syafiq. Dia rindukan belaian mesra Syafiq. Dan dia rindukan segalanya tentang lelaki itu. Tapi walau sebanyak mana pun dia rindukan Syafiq, dia mengerti kerinduannya tidak akan terubat. Sejak Syafiq dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Urusan, suaminya itu sudah tidak mempunyai banyak ruang untuknya dan juga untuk anak mereka. Sudah lima tahun perkahwinan mereka dan sebelum ini dia tidak pernah berasa sunyi seperti ini. Dia mahukan rumahtangga mereka seperti dulu. Mia melepaskan nafasnya perlahan.

“Mama..papa mana?” Ikin yang baru berusia 4 tahun bertanya.

Pertanyaan Ikin mengejutkannya dari lamunan. Dia menatap wajah mulus Ikin. Rasa sedih menyerbu hatinya. Si kecil itu juga merindui papanya.

“Papa kerja sayang..” Mia mengusap pipi tembam Ikin.

“Bila papa balik?” anak kecil itu bertanya lagi.

“Malam nanti papa balik. Kita tunggu papa sama-sama ya nanti.” Dia tahu Ikin juga rindukan Syafiq. Mana taknya,Syafiq ke pejabat ketika Ikin masih enak tidur. Dan ketika Syafiq balik,Ikin sudah pun tidur.

Ikin mengangguk seakan mengerti. Dia meneruskan bermain permainannya.

Mia kembali mengelamun. Rasa bosan masih menguasai hatinya. Dia hendak berkerja tetapi Syafiq tegas melarangnya. Syafiq mahukan dia berada di rumah. Dan yang paling penting Syafiq mahu dia yang menjaga Ikin saban waktu. Kerana taatkan suami,dia mengikut kehendak Syafiq tanpa ragu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Syafiq mengurut-urut lehernya. Lenguhnya mula terasa. Dari tadi dia tekun menyiapkan tugasannya. Dia menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan. Matanya melekat pada gambar berbingkai yang terletak elok di atas mejanya. Diambil gambar berbingkai tersebut.Bibirnya mengukir senyum. Gambar Mia yang sedang mendukung Ikin dipandang lama. Saat itu rindu kepada Mia menerjah sanubarinya. Dan dia tahu isterinya itu juga merinduinya.Dia dapat merasakannya.

“Maafkan abang sayang. Abang tak dapat selalu temankan Mia. But I always love u..” kata Syafiq sambil matanya masih tetap menatap gambar tersebut.

Ketukan di pintu biliknya mengganggu emosinya ketika itu.

“Masuk.” Syafiq sedikit menjerit.

“Hai Fiq.Busy ke?” Amran bertanya.

“Agakla..” pendek jawapan Syafiq.

“Busy dengan gambar isteri kau tu ya?” Amran tersengih. Matanya mengerling bingkai gambar yang berada di tangan Syafiq.

“I miss her so much..” luah Syafiq.

Amran ketawa. Kemudian dia mengeleng-ngelengkan kepalanya. “Fiq,kau tu dah lama kahwin. Tapi macam pengantin baru. Bukannya kau duduk jauh dengan isteri kau.”

“Memanglah. Semakin hari aku semakin rindukan dia, semakin cintakan dia. Walaupun kami tinggal bersama, kami jarang berbicara. Kau pun tahukan, aku sibuk dengan kerja.”

“Kau tu yang gila kerja Fiq.” bidas Amran.

“Bukan gila kerja. Kerja yang selalu menghambat aku. Sampai aku dah tak boleh lari dah.” Syafiq mengeluh perlahan.

“Hidup ni kena berkorban Fiq. Aku datang ni nak bagitahu kau, petang ni ada mesyuarat. Jangan tak datang pula.” Amran berpesan sebelum melangkah keluar dari bilik Syafiq.

Mesyuarat lagi? Syafiq mengeluh untuk kesekian kali. Dia baru bercadang untuk pulang awal. Dia rindukan isteri dan anaknya. Tapi niatnya itu terpaksa dibatalkan. Dia melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah jam 4 petang. Dan dia tahu mesyuarat yang akan berlangsung nanti sudah pasti akan lambat habis. Dan dia juga sudah pasti akan pulang lewat. Syafiq mengeluh lagi. Saat itu wajah Mia dan Ikin datang silih berganti di ruang mindanya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Syafiq menapak ke dalam rumah. Rumahnya gelap. Hanya cahaya dari tv yang menerangi ruang tamu rumahnya.D ia mencari kelibat isterinya. Dalam cahaya yang samar dia melihat susuk tubuh isterinya yang berbaring di sofa. Perlahan-lahan dia mendekati isterinya. Isterinya itu telah nyenyak tidur. Syafiq duduk di atas lantai betul-betul berhadapan dengan isterinya. Tangan kanannya mengelus perlahan rambut Mia. Wajah putih bersih Mia ditatap penuh minat.D ia terleka menatap wajah indah milik isterinya. Wajah itu tetap cantik dan masih mampu mencairkan hatinya. Hembusan nafas Mia dapat ditangkap oleh telinganya walaupun perlahan. Syafiq menngucup lembut pipi Mia. Kasihnya terhadap Mia semakin menggunung dari ke hari. Dan cintanya terhadap isterinya itu semakin bercambah dari hari ke hari. Perlahan-lahan Syafiq mengangkat tubuh genit Mia. Dia tidak mahu mengganggu lena isterinya.

“Abang dah lama balik?” Mia menggeliat kecil dalam rangkulan suaminya.

“Baru je.” matanya melekat di wajah Mia.

“Kenapa tak kejutkan Mia. Susahkan abang je nak usung Mia.” Mia melingkarkan kedua-dua tangannya di leher Syafiq. Bibirnya tersenyum manis.

“Abang tak nak kejutkan Mia tadi.L ena betul abang tengok Mia tidur.” senyuman manis Mia menggetarkan jiwa lelakinya.

Syafiq membaringkan Mia ke atas katil. Ditariknya comforter menyelimuti tubuh Mia. Selepas itu dia duduk di birai katil bersebelahan dengan isterinya. Wajah Mia ditenung tidak berkelip.

“I’m sorry honey..Abang balik lewat lagi.” rasa bersalahnya membalut hati.

“Syyhh..tak payah minta maaf. Abang ada mesyuaratkan. Tak apa. Lagipun abang dah call Mia bagitahu abang ada mesyuarat.” Mia menggenggam erat tangan suaminya.

“I love you so much sayang..” Syafiq berkata tiba-tiba. Ungkapan itu lahir ikhlas dari dasar hatinya.

“I love you too..” balas Mia. Dia megucup tangan suaminya.

“Mia tidur dulu ya. Abang nak jenguk Ikin kejap. Lepas tu abang nak mandi.” selepas berkata-kata,Syafiq mengucup bibir mungil Mia.

Mia hanya tersenyum dan mengangguk.

Syafiq membuka pintu bilik Ikin perlahan. Anak kecilnya itu sedang lena diulit mimpi. Perlahan-lahan dia mencium dahi anaknya. Selepas itu diusap-usap kepala anak kesayangannya itu. Bibirnya mengukir senyum.

“Maafkan papa sayang…” bisiknya di telinga Ikin seolah-olah Ikin dapat mendengar bicara yang tercetus dari bibirnya.

Ikin menggeliat. Terasa lenanya diganggu. Dengan pantas tangan Syafiq menepuk-nepuk belakang anaknya. Dia menunggu sehingga anak kecil itu lena kembali.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Abang minta maaf. Abang tak boleh temankan Mia pergi kenduri tu hari ni.” Syafiq serba salah untuk menuturkan ayat itu. Namun dia tiada pilihan.

“Kenapa bang?” Mia menyoal. Kecewa mula menguasai jiwanya.

“Abang ada meeting. Tadi baru abang dapat call.”

“Tapi semalam abang dah janji dengan Mia..” kata-katanya dileretkan. Mengharap simpati dari suaminya.

“Abang minta maaf. Tiba-tiba hari ni ada meeting. Dan meeting tu penting.” Syafiq menjelaskan.

“Mia ni tak pentinglah?” tanya Mia tidak puas hati. Tangkai hatinya seperti ditarik-tarik saat itu. Pedih di hati hanya tuhan saja yang tahu.

“Please sayang.. Mia pun penting. Mia hidup abang..” Syafiq memeluk kejap bahu Mia.

Mia melepaskan diri dari pelukan Syafiq. Hatinya menjadi tawar. Dengan langkah yang longlai dia menapak ke balkoni bilik. Angin dari luar menghembus wajahnya. Dia hanya membiarkan. Mengharap angin dapat menyejukkan jiwanya yang sedikit membara ketika itu. Sebak yang membuak di dadanya ditahan. Dia tidak mahu air matanya tumpah. Dia harus kuat.

Syafiq mengeluh perlahan. Dia tahu isterinya sedang merajuk. Bukan sekali dua dia mungkir janji terhadap isterinya tapi berkali-kali.dan setiap kali itulah Mia akan memaafkannya. Bukan dia sengaja mungkir janji. Bukan dia sengaja mahu menyakiti hati isterinya. Tubuh Mia yang membelakangi dirinya dipandang. Dia melangkah ke arah Mia.

“Sayang..” panggilnya lembut.Syafiq memeluk Mia dari belakang.

Mia hanya diam. Dia sudah malas mahu berkata-kata. Tangan Syafiq yang melingkar kemas di pinggangnya dibiarkan.

“Sayang marah abang ya?” Syafiq mengucup lembut cuping telinga Mia.

“Mia dah tak larat nak marah-marah bang.Abang tu selalu busy.” Mia memaksa dirinya untuk berkata-kata.

“Maafkan abang ya. Abang janji. Lepas projek di Sungai Buloh tu selesai, abang akan temankan Mia. Sayang nak pergi mana pun abang ikut.” Syafiq memujuk. Bibirnya dibenamkan ke leher isterinya.

“Abang selalu macam tu. Berjanji bagai nak rak,t api asyik mungkir janji je.” bidas Mia.

“Come on dear.. Kali ni abang betul-betul janji.” Syafiq memalingkan tubuh Mia mengadapnya. Wajah Mia masam mencuka. Tiada senyuman untuknya.

“Eloklah tu tunjuk muka masam kat suami. Tak nak masuk syurga ke?” sakat Syafiq.

Mia hampir tergelak mendengar kata-kata Syafiq. Rajuknya sudah tidak menjadi. Pantas tangannya menumbuk manja dada Syafiq. Suaminya itu memang pandai memujuk.

“Macam tulah. Kan manis kalau senyum. Mia tahu tak senyuman Mia ni lah yang buat abang tak lari kemana-mana. Abang setia dengan Mia je.” Syafiq mengusik. Dia lega melihat Mia sudah boleh tersenyum.

“Mia pegang janji abang tadi tau. Kalau abang mungkir lagi, siap abang.” Mia mengugut.

“Iye.. abang akan tunaikan janji abang tu. Eh si comel abang tu tengah tidur ya?” Syafiq baru teringat akan Ikin.

“Tidur lagi. Ikin tu selagi tak pukul 10 tak bangunlah dia.”

Syafiq senyum.“Abang pergi dulu.Jaga diri baik-baik. Kunci semua pintu tau.” pesan Syafiq.

“Abang pun hati-hati. Jangan bawa laju sangat.” Mia menyalami tangan suaminya.

Syafiq mengangguk. Dia tunduk mengucup lembut dahi Mia. Syafiq melangkah menuju ke pintu bilik. Sebelum menutup pintu bilik dia memandang isterinya.

“Mia tak pergi kenduri tu?”

“Mia pergi. Tunggu Ikin bangun dulu. Tak sampai hati nak kejutkan dia.”

“Jangan pergi lama sangat. I love you sayang…” Syafiq melambai isterinya.

Mia hanya mengeleng melihat tingkah suaminya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Mia memandang ke sekeliling restoran. Kelibat lelaki itu belum kelihatan. Dia mengerling jam ditangannya. Dia mendengus perlahan. Lelaki itu sudah lewat 10 minit. Mia kembali menyedut air dari gelasnya. Air oren di dalam gelasnya sudah tinggal separuh.

“Hai..sorry I’m late.”

Mia mendongak. Lelaki tu sedang tersenyum kepadanya.

“Duduklah.” Mia berkata pendek.

“Anak you mana?” tanya lelaki itu.

“Ada kat rumah Mak Su dia.” Mia menjawab.

Lelaki itu meratah setiap inci wajah Mia. Wanita itu masih cantik walaupun sudah bergelar seorang ibu. Sayang wanita itu bukan bergelar ibu kepada anaknya.

“Zam..please jangan tengok I macam tu.” Mia kurang selesa. Dia perasan mata Zamrul tepat menikam wajahnya.

“Salah ke? I rindukan you. Dah lama I cari you. Dan sekarang baru I jumpa you.” dalam hatinya dia bersyukur kerana menghadiri majlis kenduri kawannya. Di majlis itulah dia berjumpa dengan Mia kembali. Kekasih yang menghilang tanpa jejak enam tahun lalu.

“I isteri orang..” Mia mengingatkan statusnya kepada Zam.

“Yes,I know that.” pantas Zamrul berkata.

“You dah kahwin?” Mia sekadar bertanya untuk menutup gelisah di jiwa.

“Belum..I tunggu you.Tapi I kecewa sebab you dah kahwin dengan orang lain.” Zam berterus terang. Memang dia menunggu Mia selama ini. Tapi dia kecewa kerana Mia sudah menjadi milik insan lain. Dan membuatkan dia lebih kecewa, Mia meninggalkannya tanpa jejak.

“I minta maaf. You jangan ungkit kisah lama tu boleh tak?” Mia lemas dalam jiwanya sendiri. Kisah silam antara dia dengan Zamrul sudah dilupakan sejak dia berkahwin dengan Syafiq. Dan yang membuatkannya terus melupakan Zamrul adalah kerana kasih sayang dan cinta Syafiq yang tidak bersempadan buatnya.

“I bukan nak mengungkit kisah silam kita. I cuma nak tahu kenapa you hilangkan diri dari I macam tu je?” Zamrul inginkan jawapan. Jawapan kepada persoalan yang menghuni benaknya selama 6 tahun. Dan Mia sahaja yang mempunyai jawapan kepada persoalan itu.

“Kalau I tak nak bagitahu?” Mia sengaja menguji. Berat hatinya untuk mengorek semula kisah lama yang sudah tertanam elok di sudut hatinya.

“Intan Damia..please..tell me..” Zamrul sudah merayu. Perasaannya meronta-ronta ingin tahu.

“Sebab I kena kahwin dengan Syafiq.” mudah sahaja jawapan Mia.

“Sebab tu you sanggup tinggalkan I?” Zamrul tidak puas hati mendengar jawapan Mia. Mudahnya Mia melupakan cinta mereka semata-mata untuk berkahwin dengan Syafiq.

“I tak ada pilihan lain. I terpaksa kahwin dengan dia. I tak tahu kami ditunangkan semasa kecil.I tak sampai hati nak beritahu you pasal tu.” Mia membongkar semula kisah lamanya. Rasa bersalahnya melingkari jiwanya.

“You patut bagitahu I. Kita boleh selesaikan masalah tu bersama. Ini tidak,you pergi macam tu je, tak cakap apa-apa kat I.”

“Sudahlah Zam. I dah lupakan semua kisah kita. I sedikit pun tak menyesal kahwin dengan Syafiq. I bahagia Zam..”

“You bahagia,tapi I? You kejam Mia. You bahagia tapi I menderita. You know how much I love you right?” keras suara Zam. Hatinya kembali ditoreh. Luka lama yang hampir sembuh mula berdarah kembali.

“I minta maaf sangat-sangat. Bukan niat I nak kecewakan you. Please understand me..” Mia menahan sebak yang perlahan-lahan menziarah hatinya.

“Sampai sekarang I masih cintakan you..” Zamrul melahirkan rasa hatinya yang tetap tidak berubah. Cintanya terhadap Mia masih melekat kemas di hati.

Mia menatap wajah Zamrul. Lelaki itu masih seperti dulu. Masih tampan seperti dulu dan tiada apa yang berubah tentang lelaki itu. Saat mata Zamrul bertembung pandang dengan matanya entah kenapa jantungnya memainkan irama kencang. Irama sama yang pernah dimainkan oleh hatinya 6 tahun lalu ketika dia bersama lelaki itu. Dia tunduk. Dia kalah dengan renungan mata Zamrul. Terasa panahan tajam mata Zamrul meresap masuk ke dalam sanubarinya.Sedang asyik mindanya memutar kembali rakaman kisah silamnya dengan Zamrul,wajah Syafiq menari-nari di tubir matanya. Dia mengucap panjang,sedar hatinya curang saat itu.

“I balik dulu. I takut anak I menangis ditinggalkan lama-lama sangat.” Mia rasa itulah alasan terbaik untuk dia mengundur diri.

Zamrul mengangguk. Pedih di hatinya di tahan. Dia memandang sayu langkah Mia. Wanita itu bukan lagi miliknya..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



Mia memandang Syafiq yang sedang lena tidur di sebelahnya. Wajah suaminya amat tenang ketika tidur. Kadang-kadang dengkuran halus Syafiq jelas kedengaran di telinganya. Dia melihat jam loceng di sisi katil. Sudah jam 2 pagi namun matanya masih segar. Entah mengapa sejak dia bertemu kembali dengan Zamrul, dia sukar menidurkan matanya. Ingatan terhadap lelaki itu semakin kuat mengetuk pintu hatinya. Perlahan-lahan dia bangun dari katil. Kakinya diatur ke arah balkoni bilik. Sebaik sahaja dia membuka jendela balkoni, angin pagi terus menerpa tubuhnya. Kesejukan mula membalut dirinya. Pantas dia memeluk tubuh. Matanya memandang ke arah luar. Hanya kegelapan malam yang dijamu matanya. Dia mengeluh perlahan. Kenangan silam antara dia dengan Zamrul kembali menerjah memori ingatannya. Dia menutup mata cuba mengusir jauh kenangan tersebut. Kenangan indah yang diakhiri dengan perpisahan itu cukup merobek hatinya. Hatinya sudah tiada buat insan yang bernama Ahmad Zamrul. Dia telah menyerahkan seluruh hatinya kepada suaminya. Dan suaminya hanya berhak yang menjadi pemilik hatinya. Namun mengapa saat itu wajah Zamrul sukar dikikis dari ingatannya?

“Sayang..”

Mia tersentak dari lamunannya yang panjang. Terasa hangat tubuh suaminya melekap di badannya.

“Ya bang..” Mia turut memeluk suaminya.

“Kenapa tak tidur lagi ni?” Syafiq sedikit hairan. Biasanya waktu begini isterinya itu sudah enak dibuai mimpi.

“Mia tak mengantuk..” jujur jawapannya.

“Mia berangan pasal abang ya..” Syafiq menyakat.

Mia diam. Dia berasa bersalah yang amat sangat. Tidak patut seorang isteri memikirkan lelaki lain selain suaminya. Tapi dia?

“Abang rindukan Mia. Abang rasa kita dah jauh sikit. Salah abang sebab selalu tiada masa dengan Mia dan Ikin.” Syafiq menyalahkan dirinya. Tuntutan kerja membuatkannya dia alpa terhadap rumahtangganya.

“Abang kerja bukan buat benda tak elokkan.Mia tidak kisah.” Tidak kisah? Betulkah dia tidak kisah? Setiap saat dia amat mengharapkan Syafiq berada di sisinya. Tapi dia hanya pendamkan keinginannya itu.

“Terima kasih sebab memahami abang.” Syafiq mengucup kedua-dua belah pipi Mia.

Mia senyum. Ya,dia memahami suaminya. Tetapi Syafiq? Fahamkah Syafiq yang jiwanya menjerit sunyi setiap hari?

“Jom tidur bang.nanti lewat pula abang pergi kerja esok.” Mia melangkah ke katil tapi ditahan oleh Syafiq. Mia mengangkat kening tanda tidak mengerti.

“Temankan abang kejap. Abang tak puas lagi dengan Mia. Bukan senang kita boleh berdua macam ni.”

“Baiklah bang.” Mia kembali ke dalam pelukan suaminya.

Bibir Syafiq mengukir senyum indah. Damai hatinya bersama isterinya saat itu.Sungguh dia rindukan saat-saat indah bersama isterinya. Tangannya membelai lembut wajah Mia. Haruman mewangi dari rambut Mia sedikit sebanyak membuatkan hati lelakinya resah. Isteri yang dinikahinya 5 tahun lalu masih bisa membuatkan tiang imannya bergegar. Tubuh Mia dipeluk erat.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“I balik dulu ya.”

“Takkan you dah nak balik.Awal lagi ni.” terasa berat hatinya ingin melepaskan Mia pulang.

“Dah lama kita keluar.” Mia tidak senang duduk.

“Sabarlah sayang. Kita pergi tengok wayang dulu nak?” ajak Zamrul.

“You ni.. Jomlah balik.”

“Bukan senang nak keluar dengan you tau tak. Banyak je alasan you. Anak you demamlah, you tengah masaklah. Tak larat I nak dengar tau tak?”

Mia tergelak. Alasan-alasan itu memang sengaja direkanya. Dia ragu-ragu untuk keluar dengan Zamrul. Tapi hari itu dia menerima ajakan Zamrul. Dia sudah bosan terkurung di rumah. Dia sudah bosan dengan kesepiannya. Dia juga sudah jemu dengan kesunyiannya. Dan ternyata rasa sunyinya hilang apabila bersama Zamrul. Lelaki itu pandai membeli hati sunyinya.

“Macam mana kalau orang nampak? I tak nak Syafiq tahu nanti.” Mia cemas sendiri. Dia takut tingkah lakunya dapat dihidu Syafiq.

“Kita tak buat benda salahkan.Kita keluar jalan-jalan je.” tutur Zamrul ingin meyakinkan Mia.

Tak salah? Tak salahkah seorang isteri keluar dengan lelaki lain? Itupun tanpa pengetahuan dan keizinan suaminya.

“Lain kali lah kita keluar.”

“No..jom temankan I tengok wayang.” Zamrul menarik perlahan tangan Mia.

Mia tiada pilihan. Akhirnya kakinya mengikut rentak kaki Zamrul. Rasa bersalah yang berkumpul di jiwanya ditolak sejauh mungkin.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

‘Abang balik lambat hari ni. Jangan tunggu abang. I miss you..’

Sms ringkas dari Syafiq dipandang lama. Hatinya tidak lagi memberontak. Dia sudah tidak kisah jika Syafiq pulang lewat. Kini dia sudah mempunyai teman di kala dirinya dihempap kesunyian. Zamrul..lelaki itu saban hari tanpa jemu menjadi peneman kesepiannya. Malah dia tidak betah jika tidak berhubung dengan Zamrul. Lelaki itu begitu bijak mencorakkan warna ceria di jiwanya. Lelaki itu juga cerdik mengusir duka dan lara dari sudut hati gelapnya. Bunyi telefon bimbitnya menarik perhatiannya. Sms yang baru diterima dibaca.

‘I tunggu di tempat biasa.’

Sms dari Zamrul membuatkan jiwanya segar. Membuatkan hatinya mekar membunga. Layanan Zamrul membuatkannya lupa tentang status dirinya. Dan Zamrul sendiri pun tidak pernah mengingatkannya tentang itu. Dia bingkas bangun menuju ke bilik untuk bersiap.

“Sampai bila kita macam ni?”

“Maksud you?” darahnya terasa deras mengalir.

“Yelah. Takkan hubungan kita tak ada penghujung.” Zamrul merenung Mia tidak berkelip.

“Memang hubungan kita tak ada penghujung Zam. Jangan mengharap pada yang tak pasti.” Mia berasa tidak senang dengan apa yang dituturkan oleh Zamrul.

“Tak boleh ke kita bersama?” Zamrul masih mengharap.

“I dah kahwin Zam.” Walaupun masih tercalit sedikit cinta dihatinya untuk Zamrul, mustahil untuk dia bersama lelaki itu. Tapi dia mengakui sayangnya pada lelaki itu semakin bercambah.

“Tinggalkan suami you.” lancar sahaja kata-kata tersebut tercetus dari bibir Zamrul.

“I sayangkan rumahtangga I.”

“You tak sayangkan I?” tanya Zamrul.

Pertanyaan Zamrul membuatkan Mia tersentak. Pantas wajahnya ditundukkan.

“Jawab Mia.. Jujur dengan I..” tangan Zamrul menyentuh dagu Mia. Perlahan-lahan wajah Mia didongakkan.

“I akui. Sejak you hadir semula dalam hidup I memang I gembira. I dah tak rasa sunyi. Sayang I pada you tak pernah hilang sejak 6 tahun lepas. Tapi sayang tu I dah simpan kemas dalam kotak hati I. Dan kalau boleh I tak nak bukanya lagi.” Mia berkata jujur. Baginya tiada apa yang perlu disembunyikan daripada Zamarul.

“Tapi I tahu ia dah terbuka sedikit demi sedikit kan?” soal Zamrul menduga hati Mia.

“Walaupun terbuka, I akan tutup kembali.” tegas suara Mia.

“I tahu susah you nak padamkan cinta kita dulu.”

“Ya..tapi I dah cuba yang terbaik untuk melupakan kisah cinta kita dulu.”

“Tapi you masih tak dapat lupakannya kan?” Zamrul menduga lagi. Dia ingin mengorek isi hati Mia.

“Sudahlah Zamrul.” Dia takut jika hatinya sekali lagi tunduk pada cinta Zamrul. Lelaki itu masih menghuni di sudut hatinya.

`You fikirlah dulu. I tak akan desak you.”

Perlukah dia berfikir? Bukankah dia bahagia bersama Syafiq? Syafiq adalah suami yang terbaik untuknya. Tapi kenapa saat itu hatinya meronta ingin bersama Zamrul?

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *











Syafiq pulang awal hari itu. Dia memandang Mia yang leka menonton tv. Isterinya itu sudah tidak lagi meyambutnya seperti biasa. Perubahan sikap isterinya sejak kebelakangan ini menyesakkan dadanya. Merajukkah Mia? Syafiq menghampiri isterinya.

“Khusyuknya sayang abang ni.” Syafiq melabuhkan punggungnya di sebelah Mia.

“Eh abang. Mia tak perasan abang balik tadi.”

“Tak apa. Sebab hari ni abang balik awal kan? Tu yang tak perasan.” Syafiq melentokkan kepalanya ke bahu Mia. Dia rindu untuk bermanja dengan isterinya.

Mia kekok. Sudah lama suaminya tidak bermanja dengan dirinya. Dia gelisah. Selama ini memang kemesraan dari Syafiq yang diingininya. Tapi malam itu kemesraan Syafiq membuatkan dirinya lemas.

“Kenapa diam saja? Merajuk dengan abang ya?” Syafiq mencuit hidung Mia.

Merajuk? Dia sudah tidak kuasa hendak merajuk. Hatinya tawar saat itu. Tingkah Syafiq yang romanti tidak dapat membeli hatinya.

“Tak lah.Mia okey je..” mendatar suaranya.

“Jangan merajuk, nanti lekas tua.” Syafiq menyakat. Bibirnya bermain-main di leher Mia.

“Sayang..” panggil Syafiq lembut.

“Ada apa bang?”

“Erm layan abang malam ni boleh?” Keinginan untuk bersama isterinya semakin kuat menarik nafsunya.

“Err Mia mengantuklah abang.Lain kali ya.Mia masuk tidur dulu ya.” Mia melepaskan pelukan Syafiq dan terus menuju ke bilik. Dia tidak tahu mengapa mulutnya menolak walaupun hatinya menjerit mahu bersama Syafiq.

Syafiq memandang lesu langkah isterinya. Selama 5 tahun perkahwinan mereka, ini kali pertama Mia menolak keinginannya. Hatinya berdetik hairan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Zamrul diam menanti bicara daripada Mia.Wanita itu hanya diam seribu bahasa.Seksa jiwanya menanti kata Mia.

“Macam mana?”

“I takkan tinggalkan Syafiq.” muktamad keputusan Mia.

“Please Mia..” Zamrul tidak senang duduk.

“I keliru Zam..” Mia menundukkan wajahnya.

“I tahu masih ada cinta you untuk I kan.”

Mia hanya diam. Dia sudah kehilangan kata-kata. Berdepan dengan Zamrul membuatkan dia lemah. Lemah dek kisah cinta silam yang masih menghantui jiwanya.

Zamrul menggenggam erat tangan Mia. Mia hanya membiarkan. Siapa pilihannya sebenar? Mengapa Zamrul hadir dalam hidupnya saat dia kesepian? Dan kesepian itu adalah punca dia memulakan kembali hubungannya dengan Zamrul.

Syafiq berpaling untuk melangkah. Adegan yang dilihat tadi benar-benar menguji hatinya. Matanya telah menjawab segala persoalan yang bermain di mindanya. Kini dia tahu mengapa sikap Mia terhadap dirinya berubah. Mia telah merobek segala isi hatinya. Hatinya benar-benar telah kosong ketika itu. Dia mengucap panjang meredakan amarah yang meledak di jiwanya.I steri..tegarnya dirimu..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Mia mendukung Ikin yang sudah lena tidur. Pintu kereta ditutup perlahan. Kakinya diatur ke dalam rumah. Dengan sebelah tangannya,Mia terkial-kial cuba membuka pintu rumah. Tiba-tiba dia tersentak kerana pintu dibuka dari dalam.

“Abang..” sapanya perlahan. Dia tidak menyangka yang Syafiq akan pulang awal hari itu.

“Dari mana?” Syafiq bertanya ringkas.

“Tadi jumpa kawan. Lepas tu ambil Ikin dari rumah Mak Su dia.”

“Mia letak Ikin dalam bilik dulu. Abang ada benda nak cakap dengan Mia.” Syafiq menuju ke sofa di ruang tamu.

Mia hanya mengangguk, akur dengan kata-kata suaminya. Dia cemas tiba-tiba. Perkara apakah yang ingin diberitahu Syafiq kepadanya? Mindanya tidak dapat memproses jawapan kepada persoalan yang berlegar di benaknya.

“Abang..ada apa?” soalnya. Dia duduk di atas sofa berhadapan dengan Syafiq. Wajah suaminya ditenung lama.

“Mia cintakan dia?” Syafiq bertanya tiba-tiba.

Mia terkedu. Soalan apakah itu?

“Abang nampak semuanya tadi. Jawab soalan abang.”

“Apa maksud abang ni?” Mia berpura-pura tidak faham.

“Lelaki yang berpegangan tangan dengan Mia di restoran Bayu petang tadi. Mia cintakan dia?” Syafiq menyoal buat kali kedua.

Dia tidak menyangka kedatangannya ke restoran Bayu petang tadi akan membongkar kecurangan isterinya. Dari jauh dia melihat tangan Mia erat dalam genggaman lelaki yang tidak dikenalinya. Dan pada masa itu hanya tuhan saja yang tahu betapa kecewanya dia. Segunung kepercayaan yang diberikan kepada Mia runtuh berkecai menindas hatinya.

“Abang..maafkan Mia. Kami cuma kawan.” Mia mendekati suaminya. Dia melutut di kaki Syafiq.

“Kawan ke macam tu Mia? Sampai pegang-pegang tangan.” Syafiq bersuara perlahan. Semangatnya entah terbang kemana.

“Mia tiada apa-apa dengan dia bang. Trust me..” rayu Mia.

“Abang tengok Mia gembira bersama dia. Kalau Mia cintakan dia, abang akan lepaskan Mia..” berat hati Syafiq melafazkan kata-kata itu. Namun digagahkan jua hatinya.

Mia mendongak mencari wajah Syafiq. Kemudian dia mengeleng berkali-kali.

“Apa abang cakap ni?” dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi.

“Mia sunyikan hidup dengan abang. Abang sibuk dengan kerja sampai abang abaikan rumahtangga kita.” Syafiq menyalahkan dirinya sendiri.

“Tidak bang. Mia yang salah. Mia ikutkan sangat rasa sunyi yang merajai hati Mia. Mia lupa menjaga status Mia sebagai isteri abang. Maafkan Mia..” Mia mula teresak. Sungguh, dia menyesal akan perbuatannya. Dia sedar cinta dan sayangnya hanya untuk Syafiq. Namun dia alpa dengan keceriaan yang diberikan oleh Zamrul sehingga dia lupa akan kasihnya terhadap suaminya itu.

“Abang tak salahkan Mia..” tenang Syafiq berkata. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak. Marah jauh sekali.

“Jangan cakap macam tu bang. Abang marahlah Mia. Abang pukullah Mia.” dia memeluk erat kaki Syafiq. Ketenangan wajah suaminya seakan mengguris-guris hatinya.

“Abang tak akan pukul isteri abang. Mia pun tahukan betapa abang sayangkan Mia. Abang cintakan Mia seikhlas hati abang. Tak sangka pula begini jadinya..” dipandang sayu wajah isterinya. Air matanya ditahan supaya tidak gugur.

“Mia tak sengaja buat abang macam ni. Mia sunyi bang bila abang pergi kerja. Dia cuma peneman Mia je. Abang,maafkan Mia..” semakin kuat tangisannya. Rasa bersalahnya semakin menebal.

“Abang maafkan. Tapi hati abang ni luka berdarah. Abang akan pergi dari hidup Mia sementara waktu. Abang nak tenangkan diri. Abang takut kasih abang terhadap Mia akan bertukar menjadi benci jika abang tak pergi dari sini. Dan jika dalam masa pemergiaan abang ni, Mia memilih dia, abang pasrah. Sepanjang ketiaadaan abang nanti, abang izinkan Mia kemana-mana sahaja tidak kira dengan siapa.” Syafiq bangun. Ditariknya nafas perlahan untuk mengumpul kekuatan. Terasa seluas lautan cintanya terhadap Mia sudah kering.

“Abang,jangan tinggalkan Mia. Tolonglah bang..” Mia turut bangun. Dia memaut kuat lengan suaminya.

“Mia jangan risau tentang duit belanja. Abang akan masukkan duit belanja untuk Mia dan Ikin ke dalam akaun Mia.” Syafiq meneruskan kata-katanya tanpa mempedulikan rayuan Mia. Hatinya yang luka lebih diutamakan.

“Abang….” Mia sudah mula mengonggoi.

“Jaga diri Mia. Dan jaga anak kita baik-baik.”Syafiq mengambil kunci kereta dan terus meluru keluar.

Mia terduduk di atas lantai. Esakannya hiba kedengaran. Adakah ini pengakhiran istana cintanya dengan Syafiq? Kerana kesilapannya, rumahtangga bahagianya menuju keretakan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Ikin rindukan papa tak?” Mia memeluk erat Ikin.
“Rindu.” jawab Ikin ringkas.
Mia senyum. Pipi Ikin dicium lama. Sedikit tersentuh hatinya mendengar jawapan Ikin. Dia juga rindukan Syafiq. Sudah tiga bulan Syafiq menghilangkan diri. Sepanjang tempoh itu Syafiq tidak pernah menghubunginya. Sudah puas dia menjejaki Syafiq namun dia hampa. Setiap hari dia berdoa agar Syafiq akan pulang semula ke sisinya membina semula teratak cinta mereka yang hampir roboh.
.Zamrul? Lelaki itu sudah dibuang terus dari kamus hidupnya. Dia telah memberi kata putus kepada Zamrul bahawa dia akan setia dengan Syafiq. Dan lelaki itu akur dengan kehendaknya. Lelaki itu sudah tidak mengganggu hidupnya.
“Mama, papa mana?” pertanyaan Ikin menamatkan lamunannya.
Mia senyum hambar. Pertanyaan itu sudah lali di telinganya.
“Papa kerja sayang..” bohongnya.
“Lambat lagi ke papa balik?” anak kecilnya itu juga tahu erti kerinduan.
“Sabar ya sayang. Nanti-nanti papa balik. Kita sama-sama tunggu papa ya?” Ikin memujuk. Rambut Ikin dibelai lembut.
Dia sendiri tidak pasti bila Syafiq akan pulang. Namun dia yakin suaminya itu akan kembali jua satu hari nanti. Bilakah hari itu? Dia sendiri pun tidak tahu. Yang pasti dia menghitung hari menanti kepulangan Syafiq. Setiap detik yang berlalu penuh dengan harapan.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Syafiq leka memerhatikan hujan yang turun. Jendela yang sedikit terbuka diluaskan. Titisan-titisan hujan itu bagaikan rindunya kepada Mia. Rindu yang tidak pernah padam dari bara hatinya. Kedinginan malam itu tidak dapat memadamkan api rindunya.S ihatkah isteri dan anaknya? Dia sendiri tidak tahu. Setiap hari dia menahan hatinya daripada menghubungi Mia.

“Kalau dah rindu sangat baliklah.” Amran tiba-tiba bersuara dari belakang.

“Kau dah nak halau aku ke? Maaflah menumpang di rumah kau lama sangat.”

“Bukan tu maksud aku. Aku tau kau rindukan isteri dan anak kau. Jangan ikutkan sangat kata hati tu.” Amran tahu isi hatinya sahabatnya itu.

“Tapi Am..” Syafiq tidak menghabiskan kata-katanya. Sudah sembuhkan luka di hatinya?

“Setiap orang lakukan kesilapan. Mia bukan sengaja kan. Dia cuma rasa sunyi sebab tu dia keluar dengan lelaki tu. Aku yakin cintanya hanya pada kau.” Amran menepuk-nepuk lembut bahu Syafiq.

Benarkah kata Amran? Benarkah cinta Mia hanya untuknya? Kalau benar megapa Mia sanggup curang kepadanya?

“Kau masih cintakan isteri kau?” soal Amran.

“Dia wanita pertama dan terakhir yang aku cintai. Sebab tulah aku terluka sangat Am bila dia buat aku macam tu. Aku rasa macam tak dihargai. Sedangkan aku dah tuangkan semua kasih sayang aku untuk dia.” Syafiq melahirkan rasa kecewanya.

“Aku pasti Mia sudah menyesal dengan perbuatannya. Dia banyak kali call aku tanya pasal kau. Nasib baik mulut aku ni tak terlepas cakap kau kat rumah aku.” dia berharap kata-katanya dapat melembutkan hati Syafiq.

Syafiq hanya diam memikirkan kata-kata Amran. Kata-kata Amran ada juga betulnya. Otaknya sudah penat berfikir. Pandangannya dilontarkan kembali ke luar jendela. Titisan hujan masih lagi turun tidak berhenti. Seperti rindunya kepada Mia yang tidak pernah terhenti..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Mia berlari-lari menuju ke pintu utama. Ketukan bertalu-talu menganggu dia dari terus memasak. Dibukanya pintu dengan pantas. Mia menggosok-gosok matanya.Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Ini abang sayang..” Syafiq senyum. Lukanya telah diusir jauh.

Mia terus memeluk suaminya.P enantiannya tidak sia-sia. Air mata gembira merembes di pipinya.

“Maafkan abang sebab lama sangat tinggalkan Mia dan Ikin.” Syafiq mencumbui wajah Mia. Kerinduannya terubat kini.

“Mia tahu abang akan balik juga.” katanya dalam esakan.

“Dah-dah jangan menangis. Kan abang dah balik ni.” Syafiq mengusap lembut belakang Mia. Dia sedar kasihnya terhadap isterinya tidak pernah berubah.

“Mia rindukan abang..” pelukannya dikemaskan.

“Abang pun..” terasa bahagia di hatinya.

“Abang janji jangan tinggalkan Mia lagi..” Dia tidak sanggup kehilangan suaminya sekali lagi.

“Abang janji. Ni dengan senduk ni nak buat apa” Syafiq menjeling senduk di tangan kanan Mia.

“Mia tengah masaklah bang.” Mia tergelak. Dia baru perasan senduk masih di tangannya.

“Sayang masak apa?”

“Masak asam pedas kegemaran abang.” jawab Mia berserta senyuman.

“Mia macam tau-tau je abang nk balik hari ni.” sakat Syafiq.

“Mia hari-hari masak asam pedas. Sebab Mia tak tahu abang balik bila. Mia nak bila abang balik je, Mia hidangkan lauk kesukaan abang. Dan hari ini adalah hari yang Mia tunggu-tunggu bang.” ujar Mia tulus.

Syafiq sebak mendengar bicara isterinya. Sekali lagi Mia ditarik ke dalam pelukannya.

“Terima kasih sayang…”

“Papa!!” Ikin berlari-lari mendapatkan Syafiq.

“Anak papa sihat?” Syafiq mendukung Ikin. Pipi Ikin dikucupnya. Kemudian tangannya menggeletek anak kecilnya itu.

Mia tersenyum melihat tingkah dua insan kesayangannya. Di dalam hati dia berdoa agar kebahagiaan itu akan kekal menjadi miliknya. Dan dia tidak akan sesekali mengulangi perbuatannya. Dia merenung lama wajah suaminya. Terasa cintanya terhadap Syafiq semakin kuat membakar jiwanya. Suami, terima kasih atas kasihmu.

Google Search!

  • main dengan suami
  • cerita suami isteri
  • cerita romantik suami isteri
  • cerita main suami isteri
  • cerita suami isteri main
  • suami isteri main
  • kisah suami isteri main
  • kisah kasih
  • layan suami
  • cerpen cinta suami isteri










Need an Invite?

Want to attend the wedding event? Be our guest, give us a message.

Name Email * Message *

Our Location